Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Saturday, June 26, 2010

Lemah

Ku ambil Al-Quran kecil yang diselaputi oleh kulit berwarna coklat cair dan coklat pekat itu. Itulah terjemahan Al-Quran yang emakku sudah lama hendak membeli untukku.

Ku buka, Surah Muhammad. Itulah surah yang hendak ku baca terjemahannya. Dimulakan dengan istiazah dan Al-Fatihah, ku cuba untuk menghayati ayat demi ayat.

Sehingga sampai kepada ayat 14, aku tersentak. Gemuruh anggota badanku. Sedih bercampur terharu. Penuh rasa berdosa. Ku tatapi ayat itu lagi dan lagi, sehingga ku benar2 faham akan maksudnya.

Ku terus membaca terjemahan ayat ke 15, bergetar badanku. Penuh penyesalan. Bergenang. Menyesali dosaku yang menggunung tinggi.. Namun Ya Allah, rahmatMu luas melangit.

Mushaf Al-Quran itu seperti berkata-kata kepadaku.. Memanggilku kembali ke arah amar ma'ruf nahi munkar. Menarikku dari lembah kehinaan, dari lembah maksiat yang penuh dosa busuk.

Oh diri, betapa lemahnya dirimu.

Lemah menangkis bisikan durjana syaitan.

Hanya Dia, hanya Dia yang dapat memberimu kekuatan.

Monday, June 21, 2010

[Exam] Dipermudahkan Urusan



Masa masih tinggal lagi 24 minit, banyak lagi jawapan yang masih belum sempurna.

Walaupun duduk berada di dalam bilik ber-air-cond dan sudah berbeku badan namun jantung masih berdegup pantas, malah otak masih hangat digeser oleh frictional force.

Ya Allah, jalan kira aku dah betul ni, kenapa tak dapat jawapan lagi!

Ya Allah, ini usus perut ke berbelit betul soalannye!

Ya Allah, macam mana boleh lupa formula a^x pulak. Kene taruk 'ln a' ke letak 'e'. Aduh!

Ya Allah, ni soalan benua mana nih, tak pernah buat pung!

Ish, ni soalan fizik ke soalan biology, kenapa tiba2 keluar soalan pasal bacteria nih, memang kritikal thinking betul soalannya.


Yup, soalan dari Edexcel agak mantap dan boleh tahan sukarnya. Itulah antara detik2 cemas yang dilalui oleh diri ini dan kebanyakan rakan2 seperjuangan yang lain pada minggu lepas.

Namun Alhamdulillah, saya amat bersyukur ke hadrat Ilahi. Allah telah memakbulkan doa2 mak ayah yang tidak pernah lesu memanjangkan doa atas kejayaan anaknya, Allah telah mempermudahkan segala urusan, ketika sedang cemas menjawab soalan periksa.

Ketika keadaan itu, saya berhenti sebentar. Botol air yang diletak di atas lantai belah kiri meja digapai. Pelincir itu agak berkesan mengurangkan geseran di otak Alhamdulillah. Seusai itu, daku berselawat, dan meneruskan perjuangan yang masih belum tamat.

Dengan tidak dijangka-jangka, Allah telah mempermudahkan segala urusan. Semua tempat kosong akhirnya berjaya diisi, kalkulator ditekan rakus namun tepat untuk menyemak jalan kerja, tangan dan jari jemari terus menulis pantas jawapan yang baru hadir kerana mengejar masa yang rakus ditelan jam dinding yang digantung di hadapan.

"Time's up!"

Alhamdulillah, hembusan lega dihembus sepenuhnya. Alhamdulillahirabbil 'alamin, hamdan syakirin, hamdan yuwafi ni'mahu wayukafi u'mazidah. Diri ini amat bersyukur kerana Allah telah mempermudahkan segala urusan. Hanya yang tinggal adalah bertawakal dan berserah kepadanya, tidak dilupakan agar tidak meluputkan doa. Ayat 1000 dinar dipegang kukuh di dada.

Sekarang ada gap seminggu untuk dua paper terakhir setelah 5 paper berlalu. InsyaAllah, Ya Allah bantulah aku untuk mepergunakan seminggu ini sebaik yang mungkin.

Tentang peperiksaan yang besar lagi penting ini, walaupun tidak yakin akan semua jawapan saya betul atau tidak, namun entah mengapa saya berasa agak lega dan tidak tension selepas peperiksaan sepertimana kebanyakan kawan2 saya. Saya mampu mengukir senyuman ketenangan dan lega. Mungkin kerana untuk semua paper, ketika sedang bergelut musuh soalan, jawapan2 itu hadir dengan secara tiba. Seperti yang saya cakap sebelum ini, Allah telah mempermudahkan urusan, and I have done my best. ;)

Semoga Allah SWT akan terus mempermudahkan segala urusan kita di dunia mahupun di akhirat. Allahumma Amin.


p/s Duduk paling depan agak tenang, mungkin kerana dapat lebih fokus tanpa perlu menghiraukan orang lain. Sibuk tengok orang lain buat soalan sampai kita jadi cemas pulak nanti.