Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Saturday, May 7, 2011

Hilang dan Pergi.

Disember berlalu,

Januari hilang,

Februari berlepas,

March muncul dan pergi,

Ah, cepatnya April.

dan sekarang May.

Itulah kehidupan, nikmat kesihatan, masa lapang, dan segala macam nikmat yang kita sendiri tidak dapat menghitungnya. Berlalu jutaan hari daripada kita lahir hingga menyedut oksigen sekarang, adakah kita di antara hambaNya yang bersyukur..?

Ya Allah, jadikanlah kami di antara hamba-hambaMu yang bersyukur...

Lama tak update mula2, sebab busy dengan exam. Dah cuti pun still berbusy sendiri (alasan).

Dan Alhamdulillah, semalam petang result exam dah keluar. Syukur setinggi-tinggi syukur kupanjatkan kepada Allah. :)

Esok pulak insyaAllah beberapa sahabat akan berlepas ke Morocco selama 3 bulan untuk berjihad mencari ilmu, Mula bercadang hendak join mereka, tapi takdir menentukan. Allah lebih mengetahui. :)

Tuat, insyaAllah akan balik semula ke UIA untuk meneruskan jihad ilmu.

4 bulan yang lepas banyak merubahku, perspektif, kematangan iman dan minda.
Hikmah muncul bertalu-talu, Alhamdulillah.

Exam pertama di UIA amat mengejutkan, kerana bukan subjek yang susah tetapi pengurusan emosi dan minda lah susah untuk diuruskan.

Sekarang, tengah berfikir tentang masa yang berlalu pergi.

Takut, takut apabila kelak ditangisi kekesalan. Sedangkan kelak akan ditanya ;

Wahai si fulan, kemanakah usia mudamu dihabiskan?

Apapun untuk nasihat pada diri,

wahai dai'e jangan dilunturkan semangatmu
kerahkan semua kudratmu,
kerana kau sedar bahawa tugasmu, amanatmu bukan berakhir sekerat lalu,
tetapi perjuangan nun sehingga bertemu Rabb-Mu.


ps - Ya Allah, lemahnya hambaMu ini. Hampir takut untuk menulis kerana takut akan diuji dan takut ditanya mengapakah kau tidak melalukan seperti apa yang dikatakan. Allah musta'an.