Belum tibakah waktunya bagi orang-orang yang beriman, untuk secara khusyuk mengingat Allah dan mematuhi kebenaran yang telah diwahyukan (kepada mereka)?... [Surah Al-Hadid : 16]
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Sunday, July 11, 2010
WOW!! Saya nak pergi WOW 2010!
BTN
Saturday, July 10, 2010
Hari2 terakhir di Kulim.
27 Jun 2010, hari Ahad. Aku sempat meluangkan masa bersama Abang Irfan, Anwar, Asyraf dan Safwan. Abang Irfan mengajak kami ke Bukit Merah Laketown Resort. Itulah usrah kami yang terakhir. Salam perpisahan bersama dai’e kami, Abang Irfan . Betapa banyaknya ilmu yang dicurahkan kepada mad’unya dan juga masa dan wang ringgit yang dibelanjakannya untuk kami. Hanya Allah yang dapat membalas jasanya.
29 Jun 2010, dalam jam pukul 6.35pm. Masing2 menunggukan masa itu kerana sudah tidak sabar lagi menjerit. Menjerit kegirangan kerana sudah habis exam atau menjerit kerana susahnya soalan tersebut. Boleh dipilih. Alhamdulillah, akhirnya selepas 2 tahun membuat persediaan A-Level di UniKL MSI, akhirnya berakhirnya penantian paper terakhir. Ku jatuh bersujud kepadaNya selepas melakukan solat asar, mengucap syukur yang tidak terhingga, atas nikmat2 pemberianNya.
30 Jun 2010, 9.30am-6pm. Pagi yang indah itu, saya dan rakan2 perlu membuat medical checkup for the purpose of the Visa application. Lama jugak la nak tunggu sorang2 habis kerana semua sekaligus buat dalam 1 klinik swasta. Kos ialah RM80 tak silap, sekali dengan X-ray dan pemeriksaan air kencing. Makan tengah hari di kedai makan yang tak pernah pergi pun selama ni walaupun dah 2 tahun duduk di Kulim. Hari ni jugalah kali pertama saya merasa budu! Dari tak pernah dengar, dan selalu dengar selepas bergaul dengan set2 klate, akhirnya dapat jugak rasa budu! Bersama nasi kerabu. Haha, sedap jugak ye budu, rasa cam sambal belacan. Terima kasih kepada rakan2 yang mengrekomenkan dan juga yang tolong drivekan kami dari Msi ke klinik, dari klinik pergi makan budu.
Selepas makan tengah hari, kami perlu hadir untuk taklimat terakhir oleh timbalan dekan tentang kos yang kami ambil. Segala jenis dokumen perlu disiapkan dan dihantar sebelum balik kampung.
Selepas siapnya semua dokumen, akhirnya dapat juga meluangkan masa untuk menziarahi sahabat2 msi ana, yang bersama-sama berjuang di bawah nama kelab pusat islam ketika dahulu. Barang2 sudah dipacking, barang2 terlebih seperti baldi, cermin, sabun, tupperware, makanan telah pun saya hadiahkan kpd sahabat2. Hanya kecil sahaja pemberian ana kpd antum. Wak telah memberikanku sebuah buku dakwah yang hebat, sebagai balasan aku menghadiahkannya sebuah jenis buku yang memang kegemarannya, tajuknya Pejuang Kontemporari Islam.
Selepas siap meletakkan barang2 yang dipacking kedalam kereta, dibantu oleh Hafizul, Solihin dan Muslim. Alhamdulillah sempat mendirikan solat Isya' berjemaah terakhir di MSI, diimami oleh saudara Muslim sendiri iaitu dai'e kami. Solat itu.. betapa terharunya aku.. kemungkinan solat terakhir bersama sahabat2 yang kucintai..
Malam itu makan malam di Teja, nasi gorengnya yang terbaik di Kulim bersama rakan2 sebelum bertolak balik bersama rakanku Mas. Pemilik kedai Teja ni memang peramah, selalu bagi discount. Akak Teja tu tahu itu hari terakhir aku makan di situ dan betapa baiknya dia, aku tak perlu bayar 1 sen pun. Semoga dimurahkan rezeki dan diberkati, diberi taufik dan hidayah. :)
Alhamdulillah selamat sampai ke hometown dalam pukul 4-5am! Home sweet home!
ps - thanks a lot mak and kak cik for picking me up at PKNS!