Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Sunday, July 11, 2010

BTN

BTN

Biro Tata Negara, 5 hari 4 malam. Di Kuarters KLIA, Nilai.

Biasalah, bila mula2 nak pergi kem2 apa pun, mula2 mesti rasa malas. Tp bila dah kat sana baru syok. Tapi tak sangka betul, BTN ni memang best!

I don't want to go for details but I'll just explain a little bit of my experience worth to share.

Whats boring?
1. Bila duduk dalam dewan dengar pembentangan dari penceramah2. Cuma ada 1 penceramah tu je yang langsung tak bosan. Banyak feedback kata "ni kalau sambung lg 2 jam pun tak apa", "tak terasa langung la 2 jam tu, macam sekejap je".

2. LDK, ada yang bosan dan ada yang okay. Paling tak tahan duduk 2 jam tanpa sandar dengar fasilitator kumpulan tu bercakap. Tapi Alhamdulillah, isi yang disampaikan itu penting.

3. Handphone kena ambil. Dan dipulangkan lepas habis ujian pada hari ke-5.

4. Tiada kembara! Sebab tempat tu baru. Orang kata kembara tu best tp penatlah.

Whats fun?
1. Meeting your friends! As many people say "Free reunion".

2. Making new friends! Sharing stories about our courses and about the countries we going to pursue our studies!

3. Interesting activities from the facilitators!

4. Food!

5. Senaman! Pegawai Kuarters KLIA yang conduct senaman tu memang kelakar dan friendly.

I would like to share what caught me on the last night of BTN. It was something new to me.

Malam terakhir tu adalah malam yang terbaik antara 4 malam tersebut.

1. Along say
2. Lagu Ada Si Ulat Bulu/Odo so olot bolo/Idi si ilit bili/Udu su ulut bulu/Ede se elet bele
3. Menjadi conductor orchestra.
4. Ni best. Setiap kumpulan diberi 2 jalur kain. Tanpa membuka mulut, setiap kumpulan perlu buat sesuatu yang berharga. Siapa yang ditangkap bercakap akan ditangkap polis. Selepas 5 minit yang pertama, seorang wakil boleh ronda untuk lihat perkembangan kumpulan lain.

Okay, see the trick here?

Ada lebih kurang 9 kumpulan. Setiap kumpulan ada dalam 7 orang. Suasana yang amat memegunkan bila semua peserta ini berganding bahu, bekerjasama untuk menghasilkan sesuatu yang berharga.

Rupanya 2 jalur kain itu adalah jalur2 kain bendera Malaysia yang perlu dicantumkan oleh setiap kumpulan, tanpa mengeluarkan suara walaupun berbisik!

Sesiapa yang ditangkap berkata-kata akan ditangkap polis dan ditarik keluar tanpa rasa belas kasihan, malah diherdik, ditengking, sehingga ada yang menangis.

Menariknya, sedang sebahagian mereka bekerjasama mencantumkan bendera itu, sebahagian mereka yang masih belum tertangkap bekerjasama pula membebaskan sahabat2 mereka yang tertangkap di luar dewan. Dengan pelbagai trick digunakan, berlari, menipu polis untuk keluar dewan, lalu menguncikan pintu bila mereka yg tertangkap itu sempat melarikan diri masuk ke dalam dewan. Ajaibnya, semuanya dilakukan dengan senyap sekali.

Mereka yg cuba membebaskan mereka itu berkata seperti ada satu perasaan perjuangan yang tak boleh diungkap kata2. Mungkin begitulah perjuangan nenek moyang kita ketika dahulu. Yang peserta BTN ni lalui baru sikit.

So far Alhamdulillah, BTN ini berjalan dengan lancar, dan memberi impak positif namun perlu juga ditegur atas kelemahan2. InsyaAllah akan mereka perbaiki.



No comments:

Post a Comment

Luahkan saja isi hatimu itu.