Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Monday, May 31, 2010

Freedom Flotilla telah diserang!



Salah sebuah kapal yang mengikuti rombongan bantuan kemanusiaan ke Gaza.


Ya Allah, terkejutnya bila ana mendengar tentang kebuasan Israel yang menyerang rombongan Freedom Flotilla pagi tadi, dan sampai sekarang menurut berita, askar Israel masih melakukan serangan!

Ikuti perkembangan mereka di sini



Padahal mereka masih 65km jauh lagi dari perairan Gaza, iaitu masih di perairan antarabangsa! Mereka tidak boleh dituduh sebagai menceroboh lagi, malah mereka disembur gas pemedih mata.

Mengikut apa yang ana tahu, jika mereka menyerang kapal2 yang masih luar dari kawasan mereka, dan juga menyerang kapal2 (lebih2 lagi kapal bantuan kemanusiaan), mereka ini akan dilabel sebagai lanun, dan adakah Amerika akan menahan lanun2 Israel nih? Tak mungkin!

Perbuatan ini juga bererti, pihak Israel telah mengisytiharkan perang keatas seluruh dunia!

Seramai 8 orang peserta konvoi dari Malaysia yang kita masih tidak tahu bagaimana keadaan mereka :

  • Haji Noorazman Mohd Samsuddin, Biro HALUAN Palestin selaku Ketua Misi LL4G Malaysia
  • Haji Jamuliddin Bin Elias, Yayasan Amal
  • Selamat Ali, Jamaah Islah Malaysia
  • Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care
  • Dr Arbaai Shawal, Biro HALUAN Palestin
  • Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, Biro HALUAN Palestin
  • Ustaz Alhami Husain Suhaimi, Biro HALUAN Palestin
  • Mohd Nizam Awang, Biro HALUAN Palestin

  • Ya Allah, betapa risaunya ahli2 keluarga mereka yang mengikuti rombongan tersebut. (Latest berita, rakyat Malaysia antara yang cedera)

    Wahai golongan muslimin! Sebarkan, guna kuasa media untuk menyebarkan tentang peristiwa ini. Sistem satelit dan komunikasi mereka mungkin sudah terputus, tapi diharapkan doa kita tak pernah putus untuk mereka.

    Ya Allah, bantulah mereka Ya Allah, bantulah mereka Ya Allah, permudahkan segala urusan mereka Ya Allah. Peliharalah keselamatan dan kesihatan mereka Ya Allah. Hanya kepadaMu kami minta pertolongan Ya Rabbal 'Alamin. Jika mereka ditakdirkan mati dalam rombongan ini Ya Allah, matikanlah mereka sebagai as-Syahid, sebagai para syuhada'. Tabahkan, teguhkan hati2 mereka Ya Allah... dan juga ahli keluarga, saudara mara, dan sahabat2 mereka Ya Allah..

    Butakan mata askar2 laknatullah itu Ya Allah, pekakkan telinga mereka Ya Allah, halakan peluru2 mereka ke atas diri mereka sendiri Ya Allah. Turunkan bala kepada mereka Ya Allah, tenggelamkan mereka ke dasar laut Ya Allah, biarkan mereka ditelan oleh bumiMu Ya Allah, biarkan mereka terhempas dari udara dan langitMu Ya Allah, hilangkanlah kawalan keatas kenderaan2 mereka Ya Allah.

    Bukakanlah hati orang2 yang berkenaan agar konvoi dan rombongan ini dapat mencapai objektif mereka, dapat menghantar semua barang2 ke Gaza Ya Allah... Engkau Ya Rahman, Engkau Ya Rahim, Engkau amat menyayangi hamba2Mu Ya Allah.. sesungguhnya kasihanMu itu jauh lebih hebat dari kasih seorang ibu, makakasihanilah kami Ya Allah..

    Sampaikan doa qunut nazilah kita!

    Thursday, May 20, 2010

    Ya Allah, busynyer!!!

    Subhanallah, setiap hari datang di dalam minda untuk mengupdate blog ni tp apakan daya.
    Sekarang merupakan bulan yang paling busy dan paling penting dalam hidup ana.

    1. Exam A2 pada bulan June, 11/6 - 29/6.
    2. Ulangkaji tiap2 hari.
    3. Tengah mencari momentum yang sudah hilang kerana cuti seminggu.

    Punyalah banyak idea dan peristiwa dan pengajaran yang hendak dikongsikan bersama tetapi ana merasakan seperti tiada masa langsung untuk "real-leisure-time".

    MasyaAllah, kebelakangan ini ana rasakan 24 jam berlalu begitu pantas. Macam bukan 24 jam dah.
    Teringat akan salah satu petanda kiamat iaitu masa akan berjalan pantas. Hmm.

    InsyaAllah mungkin ana akan curi sedikit masa atau tunggu sampai habis exam ana. Cuti 2 bulan (yang penuh dengan agenda pulak lagi). haha. I guess this is growing up.

    Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kami.

    Tuesday, May 4, 2010

    Ceramah Konspirasi Zionis




    Ceramah Konspirasi Zionis di USM

    Pada 3 Mac 2010 yang lepas, saya berpeluang untuk mengikut rombongan bas dari uni saya ke USM, Penang, untuk mendengar satu ceramah yang bertajuk Konspirasi Zionis Di Sebalik Kemelut Dunia.

    Sebenarnya saya nampak poster ceramah itu pada bulan 2 di Masjid Politeknik, dan saya amat beria-ia untuk pergi namun apakan daya, sungguh jauh dari Kulim ke Penang. Namun alhamdulillah niat baik saya untuk menghadiri ceramah tersebut diperkenankan selepas saya mendapat tahu bahawa pada hari ceramah tersebut, uni saya akan menghantar 1 bas untuk menghadiri ceramah tersebut. Tanpa melengahkan masa, saya terus ajak rakan2 saya dan menghantar nama ke ustaz yang mengendalikan penghantaran bas tersebut. Saya betul2 bersyukur, Alhamdulillah.
    Di masjid USM.

    Ceramah tersebut cukup memberi kesan yang mendalam kepada diri saya. Tercengang juga mulut ini melihat betapa halusnya konspirasi dan agenda yang dirancang dan dijalankan oleh kumpulan "underground" Freemason/Illuminati. Saya juga amat kagum dengan Al Fadhil Ustaz yang menyampaikan ceramah ini, walaupun masih muda namun tampak bersemangat dan tegas. Nama beliau Ustaz Muhamad Syaari bin Abdul Rahman. Selepas habis ceramah tersebut, saya dan rakan2 saya sempat mengambil nombor contact ustaz tersebut, dengan harapan agar ustaz Syaari dapat membuat ceramah sedimikian di kampus kami pula (UNIKL MSI).

    Ceramah Konspirasi Zionis di UniKL MSI
    Alhamdulillah berkat usaha gigih ahli2 Kelab Pusat Islam UniKL MSI, kami dapat menjemput Ustaz Muhamad Syaari dan menganjurkan ceramah yang sedimikian rupa di kampus kami, bertarikh pada 16 April 2010. Segala tugas, proposal, meeting, perancangan dibuat sehabis baik, maklumlah ini kali pertama Kelab Pusat Islam kami menganjurkan program. Alhamdulillah pada hari yang ditetapkan semuanya berjalan dengan lancar, malah mendapat sambutan melebihi jangkauan asal.


    Saya perasan yang pengisian ceramah kali ini lebih mantop, lebih pengisian dan ada tambahan informasi. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan segala urusan kami.

    Laman web rasmi Ustaz Muhamad Syaari Ab. Rahman : www.rijal82.blogspot.com