Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Monday, May 31, 2010

Freedom Flotilla telah diserang!



Salah sebuah kapal yang mengikuti rombongan bantuan kemanusiaan ke Gaza.


Ya Allah, terkejutnya bila ana mendengar tentang kebuasan Israel yang menyerang rombongan Freedom Flotilla pagi tadi, dan sampai sekarang menurut berita, askar Israel masih melakukan serangan!

Ikuti perkembangan mereka di sini



Padahal mereka masih 65km jauh lagi dari perairan Gaza, iaitu masih di perairan antarabangsa! Mereka tidak boleh dituduh sebagai menceroboh lagi, malah mereka disembur gas pemedih mata.

Mengikut apa yang ana tahu, jika mereka menyerang kapal2 yang masih luar dari kawasan mereka, dan juga menyerang kapal2 (lebih2 lagi kapal bantuan kemanusiaan), mereka ini akan dilabel sebagai lanun, dan adakah Amerika akan menahan lanun2 Israel nih? Tak mungkin!

Perbuatan ini juga bererti, pihak Israel telah mengisytiharkan perang keatas seluruh dunia!

Seramai 8 orang peserta konvoi dari Malaysia yang kita masih tidak tahu bagaimana keadaan mereka :

  • Haji Noorazman Mohd Samsuddin, Biro HALUAN Palestin selaku Ketua Misi LL4G Malaysia
  • Haji Jamuliddin Bin Elias, Yayasan Amal
  • Selamat Ali, Jamaah Islah Malaysia
  • Abdul Halim Mohd Redzuan, Muslim Care
  • Dr Arbaai Shawal, Biro HALUAN Palestin
  • Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, Biro HALUAN Palestin
  • Ustaz Alhami Husain Suhaimi, Biro HALUAN Palestin
  • Mohd Nizam Awang, Biro HALUAN Palestin

  • Ya Allah, betapa risaunya ahli2 keluarga mereka yang mengikuti rombongan tersebut. (Latest berita, rakyat Malaysia antara yang cedera)

    Wahai golongan muslimin! Sebarkan, guna kuasa media untuk menyebarkan tentang peristiwa ini. Sistem satelit dan komunikasi mereka mungkin sudah terputus, tapi diharapkan doa kita tak pernah putus untuk mereka.

    Ya Allah, bantulah mereka Ya Allah, bantulah mereka Ya Allah, permudahkan segala urusan mereka Ya Allah. Peliharalah keselamatan dan kesihatan mereka Ya Allah. Hanya kepadaMu kami minta pertolongan Ya Rabbal 'Alamin. Jika mereka ditakdirkan mati dalam rombongan ini Ya Allah, matikanlah mereka sebagai as-Syahid, sebagai para syuhada'. Tabahkan, teguhkan hati2 mereka Ya Allah... dan juga ahli keluarga, saudara mara, dan sahabat2 mereka Ya Allah..

    Butakan mata askar2 laknatullah itu Ya Allah, pekakkan telinga mereka Ya Allah, halakan peluru2 mereka ke atas diri mereka sendiri Ya Allah. Turunkan bala kepada mereka Ya Allah, tenggelamkan mereka ke dasar laut Ya Allah, biarkan mereka ditelan oleh bumiMu Ya Allah, biarkan mereka terhempas dari udara dan langitMu Ya Allah, hilangkanlah kawalan keatas kenderaan2 mereka Ya Allah.

    Bukakanlah hati orang2 yang berkenaan agar konvoi dan rombongan ini dapat mencapai objektif mereka, dapat menghantar semua barang2 ke Gaza Ya Allah... Engkau Ya Rahman, Engkau Ya Rahim, Engkau amat menyayangi hamba2Mu Ya Allah.. sesungguhnya kasihanMu itu jauh lebih hebat dari kasih seorang ibu, makakasihanilah kami Ya Allah..

    Sampaikan doa qunut nazilah kita!

    No comments:

    Post a Comment

    Luahkan saja isi hatimu itu.