Pada 3 Mac 2010 yang lepas, saya berpeluang untuk mengikut rombongan bas dari uni saya ke USM, Penang, untuk mendengar satu ceramah yang bertajuk Konspirasi Zionis Di Sebalik Kemelut Dunia.
Sebenarnya saya nampak poster ceramah itu pada bulan 2 di Masjid Politeknik, dan saya amat beria-ia untuk pergi namun apakan daya, sungguh jauh dari Kulim ke Penang. Namun alhamdulillah niat baik saya untuk menghadiri ceramah tersebut diperkenankan selepas saya mendapat tahu bahawa pada hari ceramah tersebut, uni saya akan menghantar 1 bas untuk menghadiri ceramah tersebut. Tanpa melengahkan masa, saya terus ajak rakan2 saya dan menghantar nama ke ustaz yang mengendalikan penghantaran bas tersebut. Saya betul2 bersyukur, Alhamdulillah.
Di masjid USM.
Ceramah tersebut cukup memberi kesan yang mendalam kepada diri saya. Tercengang juga mulut ini melihat betapa halusnya konspirasi dan agenda yang dirancang dan dijalankan oleh kumpulan "underground" Freemason/Illuminati. Saya juga amat kagum dengan Al Fadhil Ustaz yang menyampaikan ceramah ini, walaupun masih muda namun tampak bersemangat dan tegas. Nama beliau Ustaz Muhamad Syaari bin Abdul Rahman. Selepas habis ceramah tersebut, saya dan rakan2 saya sempat mengambil nombor contact ustaz tersebut, dengan harapan agar ustaz Syaari dapat membuat ceramah sedimikian di kampus kami pula (UNIKL MSI).
Ceramah Konspirasi Zionis di UniKL MSI
Alhamdulillah berkat usaha gigih ahli2 Kelab Pusat Islam UniKL MSI, kami dapat menjemput Ustaz Muhamad Syaari dan menganjurkan ceramah yang sedimikian rupa di kampus kami, bertarikh pada 16 April 2010. Segala tugas, proposal, meeting, perancangan dibuat sehabis baik, maklumlah ini kali pertama Kelab Pusat Islam kami menganjurkan program. Alhamdulillah pada hari yang ditetapkan semuanya berjalan dengan lancar, malah mendapat sambutan melebihi jangkauan asal.
Saya perasan yang pengisian ceramah kali ini lebih mantop, lebih pengisian dan ada tambahan informasi. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana mempermudahkan segala urusan kami.
Laman web rasmi Ustaz Muhamad Syaari Ab. Rahman : www.rijal82.blogspot.com
No comments:
Post a Comment
Luahkan saja isi hatimu itu.