Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Tuesday, August 10, 2010

Oh Ramadhan..


Oh Ramadhan..

Betapa jahilnya aku dahulu..
Membiarkan dirimu pergi tanpa tangisan..
Tanpa rasa rindu..

Jahilnya aku dahulu..
Tidak menitik beratkan soal ibadah..
yang ganjarannya terlalu besar untuk diungkap..
Tidak terungkap..

Namun kini ku sedar..
Betapa besarnya makna dirimu..
Takkan ku ulangi kesilapan dahulu..

Kan ku cuba sedaya upaya ya Ramadhan..
Untuk menjadikanmu Ramadhan yang terbaik..

Ya Allah, betapa besarnya nikmat yang tersedia buat hamba2Mu..
Pahala ibadah sunat bagaikan pahala ibadah wajib..
Tidak terhingga segala nikmat..

Malam Lailatul Qadar tersedia untuk diburu..
Diburu hambaMu yang dahagakan redhaMu..

Ku pohon ya Allah..
Sempatkan aku untuk hidup pada bulan penuh suci ini..
Ballighna fi Ramadhan Ya Allah..
Ballighna fi Ramadhan..

Monday, August 9, 2010

Pakcikku.. Alhamdulillah


Seusai mengimamkan ibuku solat zohor, ibuku memberitahu akan satu berita yang sangat gembira!

MasyaAllah, Subhanallah, Alhamdulillah.

Tak terkata indahnya berita itu. Aku dan ibuku bersyukur tidak putus2. Air mata mengalir kegembiraan dan tersentuh kerana akhirnya doa dan usaha dikabulkan Allah.

Pakcikku yang ku panggil pak sol, akhirnya kembali kepada jalan fitrah iaitu jalan Islam. "Pak sol sudah kembali solat". Ibuku berkata.

Aku bertanya dengan penuh rasa ingin tahu, bagaimana pak sol boleh berubah?

"Pak sol kata, dia bermimpi dan dalam mimpinya ada orang menyerunya untuk kembali bersolat, mungkin itu arwah neneknya. Dan bila dia bangun dia terdengar satu lagu nasyid,
~walaupun hidup seribu tahun kalau tak sembahyang apa gunanya~
dia terpaku, berfikir panjang, tersentuh. Kebelakangan itu juga ada beberapa hamba Allah yang menasihati, memujuknya kembali ke jalan Allah."

Ibuku menyambung, "Pak sol cakap kat mak, dia ada baju melayu semua tapi tiada kain pelikat." Ibuku berazam untuk membelikan kain pelikat dan sejadah baru untuknya dan terus membimbingnya.

Tersentuh mendengar cerita ibuku itu.

Benarlah, hidayah itu milik Allah.

Maha Suci Allah, yang berkuasa mengatur segalanya. Dimakbulkan doa2 hambanya yang tidak putus2 mendoakan dan mengharapkan taufiq dan hidayah untuk diri dan orang lain. Sungguh, doa perlu diiringi dengan usaha.

Walaupun hidup pakcikku itu tidak seberapa, tetapi hidayah yang baru diterimanya adalah harta yang tidak ternilai harganya.

Semoga pak sol terbimbing dalam jalan yang sudah lama ditinggalkannya, dipermudahkan segala urusan untuk menuntut ilmu dan beribadat sebanyak2 yang boleh sebelum seruan ajal mendatang.

Segala puji bagiMu ya Allah, Alhamdulillahirabbil 'alamin, hamdan syakirin.

ps - masa kecik2 dulu, ibuku selalu menghantar aku ke rumah paksol. Paksol menjaga aku dengan sgt baik. Bait2 memori ketika ku kecil di rumah paksol kembali bermain..

WOW 2010!



Okay, ada nampak tak post sebelum ini tentang Wonderful Overseas Weekend anjuran iluvislam.com? :D

Alhamdulillah.

Ditakdirkan untuk dapat pergi, banyaknya ilmu yang diperoleh. Bukan sahaja itu, dapat juga merasa betapa manisnya jalinan ukhuwwah yang terjalin bersama akhi2 yang sefikrah.

Satu yang rasa pelik, walaupun ini bukan kem motivasi atau kem bina insan, tetapi impak dari kem ini terlalu besar rasanya daripada kem2 yang pernah saya pergi sebelum ini.

Fikir saya, ini kerana kem ini berlandaskan Islam itu sendiri. Meletakkan Islam sebagai priority utama.

Dengan tiadanya pergaulan lelaki perempuan, pandangan mata dapat dikawal.

Dengan adanya saranan untuk berqiam, tenangnya hati untuk menjalani program2 seterusnya.

Dengan mantapnya pengisian rohani oleh ustaz2 jemputan, sedarnya akan diri ini akan tujuan hidup sebenar kita.

Dengan manisnya senyuman, nasihat-menasihati antara sahabat2, betapa manisnya jalinan ukhuwwah itu sendiri.

Pada hari terakhir, suasana gembira bercampur sedih. Gembira kerana mendapat kenalan2 baru dan ilmu yang berharga. Sedih kerana perpisahan. Sesungguhnya setiap pertemuan itu ada perpisahan. Air mata menitis kerana jalinan ukhuwwah.

Bukankah Islam itu indah?
And from this program I acquire something valuable which I don't get from other programs. Alhamdulillah.

If you have a fb account, you may as well watch the closing video !
http://www.facebook.com/video/video.php?v=421010159373

ps : This progam is a must-must-attend-program for those who going to pursue their studies in the overseas. A real-deal recommendation for my pre-spain juniors!

MasyaAllah, dapat berjumpa dan berborak dengan ustaz kegemaran yang sangat dikagumi iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Dan juga ustaz2 lain yang baru kenal tapi begitu mantap penyampaian dan ilmunya. Ustaz Hasrizal banyak memberikan nasihat dan dorongan kepada saya yang bakal melanjutkan pelajaran di bumi Andalusia.

Dan juga dapat bertemu dan berborak dengan presiden iluvislam sendiri iaitu saudara Imran Koyube. Beliau banyak memberi aspirasi kepadaku. :)