Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Monday, August 9, 2010

WOW 2010!



Okay, ada nampak tak post sebelum ini tentang Wonderful Overseas Weekend anjuran iluvislam.com? :D

Alhamdulillah.

Ditakdirkan untuk dapat pergi, banyaknya ilmu yang diperoleh. Bukan sahaja itu, dapat juga merasa betapa manisnya jalinan ukhuwwah yang terjalin bersama akhi2 yang sefikrah.

Satu yang rasa pelik, walaupun ini bukan kem motivasi atau kem bina insan, tetapi impak dari kem ini terlalu besar rasanya daripada kem2 yang pernah saya pergi sebelum ini.

Fikir saya, ini kerana kem ini berlandaskan Islam itu sendiri. Meletakkan Islam sebagai priority utama.

Dengan tiadanya pergaulan lelaki perempuan, pandangan mata dapat dikawal.

Dengan adanya saranan untuk berqiam, tenangnya hati untuk menjalani program2 seterusnya.

Dengan mantapnya pengisian rohani oleh ustaz2 jemputan, sedarnya akan diri ini akan tujuan hidup sebenar kita.

Dengan manisnya senyuman, nasihat-menasihati antara sahabat2, betapa manisnya jalinan ukhuwwah itu sendiri.

Pada hari terakhir, suasana gembira bercampur sedih. Gembira kerana mendapat kenalan2 baru dan ilmu yang berharga. Sedih kerana perpisahan. Sesungguhnya setiap pertemuan itu ada perpisahan. Air mata menitis kerana jalinan ukhuwwah.

Bukankah Islam itu indah?
And from this program I acquire something valuable which I don't get from other programs. Alhamdulillah.

If you have a fb account, you may as well watch the closing video !
http://www.facebook.com/video/video.php?v=421010159373

ps : This progam is a must-must-attend-program for those who going to pursue their studies in the overseas. A real-deal recommendation for my pre-spain juniors!

MasyaAllah, dapat berjumpa dan berborak dengan ustaz kegemaran yang sangat dikagumi iaitu Ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Dan juga ustaz2 lain yang baru kenal tapi begitu mantap penyampaian dan ilmunya. Ustaz Hasrizal banyak memberikan nasihat dan dorongan kepada saya yang bakal melanjutkan pelajaran di bumi Andalusia.

Dan juga dapat bertemu dan berborak dengan presiden iluvislam sendiri iaitu saudara Imran Koyube. Beliau banyak memberi aspirasi kepadaku. :)

No comments:

Post a Comment

Luahkan saja isi hatimu itu.