Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Friday, June 3, 2011

Ada ikut usrah tak?

Rasanya ni dah kali ke 3 berturut2, setiap hujung minggu balik kampung.

Bertolak selepas solah jumaat, selepas mendengarkan sebuah khutbah yang begitu mantap dari khatib yang tidak pernah dilihat sebelum ini di UIA.

Tajuknya masyaAllah, mengupas kepentingan kalimah syahadatain. Kemudian menekankan kepentingan membaca dalam mempelopori teknologi 'islamic'.

"Is it the muslims (of the previous) led, and others follow? Or the others (now) led, and the muslims follow?"

Gaya dan outputnya sungguh memberangsangkan. Pada hemat diri, mungkin inilah yang perlu dicontohi oleh khatib2 di Malaysia untuk memberikan semangat juang pada pemuda pemudi.

Ketika menunggu bas ke terminal putra dalam 30minit, akhirnya tiba dan terus ke KL Sentral tanpa kesusahan.

Sungguh, dunia luar yakni di bandar, perlukan iman yang kuat untuk terus mengaplikasikan seruan Allah dalam 'ghaddul basar'.

Sungguh, seruan inilah yang ramai gagal beriman kepadanya.

Cari2 tempat duduk, adalah satu di antara 2 lelaki.

Ah, pelik. KTM 15 minit lagi nak sampai, tapi bersemangat betul ya diorang berdiri beratur.
Haha memang begitu, aku sangat jarang nak diri tunggu train lama2, baik duduk dulu belek2 buku, train nak sampai baru gerak.

Teringat malam semalam, melihat sahabatku disebelah kelihatan seperti hendak menegur seseorang di depannya ketika berada dalam kuliah seerah. Ku bertanya pada si dia, "Eh, kenal ke dia?"

"Bukankah orang2 muslim itu bersaudara?" 

Tersenyum daku, menyambut jawapannya.

Dengan jawapannya yang simple tapi bernas, aku applikasikan ketika menunggu train dengan menegur brader di sebelah ku. Kelihatan dia sedang membelek-belek buku yang baru dibelinya. Dalam plastik lagi.

Assalamualaikum, nama siapa? - Ku bertanya sambil melontarkan senyuman.
Senyumanku dibalas, Wa'alaikumussalam, Firdaus.

Baruku tahu rupanya dia seorang aktivis yang tampak aktif. Sudah berkahwin anak satu rupanya. Dan juga graduan mechanical engineering.

Borak punya borak, dari tentang bidang engineering, borak tentang uni, masalah uni, pru-13.

Tiba train di platform 6, ke Sungai Gadut, dulu sampai Seremban je.
Ku berceloteh, "inilah masalah yang masih belum setel di ktm nih. Susah sangat nk tunggu orang keluar dulu baru masuk. Masalah dulu yang tak beratur ketika tunggu train dah setel. (Tapi bila train da sampai, berterabur balik haha)"

Dalam itu, dia juga bertanya : Ada join usrah di sana?


Dia kata "Pelajar yang tak ikut usrah (tarbiyah), duk belajar ja guna 24jam sehari.
Pelajar yang ikut usrah (tarbiyah), duk belajar ja pun guna 24 jam sehari. Apa beza di antara mereka?"

"Banyak di antara mereka yang tidak kenal tarbiyah itu bagaimana, boros membazirkan masa dengan perkara duniawi, tengok wayang, main games, lepak."

Aku mengangguk. Ya, itulah kerja seorang da'i, seorang murabbi, berdakwah mentarbiahkan ummah.

Subhanallah. Kata yang ringkas tapi itulah memberi kesan mendalam. Sebagaimana method Rasulullah s.a.w. yang menjawab persoalan dengan ringkas tapi padat. Itulah mungkin, sentuhan yang perlu ada pada murabbi.

Train ke Pelabuhan Klang, akan sampai di platform nombor 5.

Ah, sudah sampai rupanya. Selepas bersalam, masing2 membawa arah tuju sendiri tetapi arahnya insyaAllah sama.


ps - Setiap kali menaiki LRT dan KTM, aku sedih melihat kehidupan jahiliyah yang aku bersyukur dibimbing tangan untuk keluar daripadanya.. Benar, tugas seorang kader; berusaha menyampaikan. Tapi Allah jualah yang memberikan hidayah. Sungguh, Dia Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

No comments:

Post a Comment

Luahkan saja isi hatimu itu.