Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Friday, June 10, 2011

Ya Allah, sesungguhnya hidayah itu milikMu, kami hanya mampu berusaha dan bertawakkal.

Unforgettable memory insyaAllah.
What a beautiful scene today, my first time to watch in front of my eyes. Subhanallah on a blessed Friday today 8 Rejab 1432, an Indian man has reverted to Islam, and stated his declaration :

"I witness that there is no god except Allah, and I witness that Muhammad is the messenger of Allah."
after the Friday prayer in IIUM Mosque. The declaration was witnessed by hundreds of muslim brothers and sisters.

Tears welled up in many watching eyes, many were touched, having an unimaginable relieving feeling, welcoming our new brother in Islam.

May Allah gives us continuous guidance till the day of Judgement.

"And as for the favor of your Lord, do announce (it)." - Surah Dhuha-11

==============================================================
Yakni pada hari jumaat ini juga, yakni 8 Rejab 1432/10 June 2011, seorang lelaki dipercayai berbangsa india telah pun mengucap 2 kalimah syahadah. Subhanallah walhamdulillah.


Bergema masjid UIA dengan laungan Allahuakbar walillahilhamd! selepas pengislaman saudara baru tadi. Sungguh aku menyaksikan ramai yang basah air matanya, ramai yang gembira dengan terharu. Perasaan di mana sukar untuk diungkapkan melihat pengislaman seorang yang telah dibuka hatinya. Ya Allah, betapa riangnya hati pemilik2 mata yang menyaksikannnya.


Ianya bermula dengan pengunguman bahawa ada seseorang yang ingin mengucapkan kalimah 2 syahadah. Mulalah orang ramai yang sudah selesai solat Jumaat berkerumun melihat penyaksian

"Aku naik saksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan aku naik saksi bahawa Muhammad pesuruh Allah."


Selepas Sheikh dari Australia yang juga khatib pada hari itu, memberikan sedikit introduction, beliau pun mula mengajar saudara itu untuk menuturkan 2 kalimah syahadah dengan bahasa arab, kemudian dalam bahasa inggeris.


Seusai sahaja pengislaman saudara baru, bergemalah masjid UIA di saat itu dengan laungan Allahuakbar walillahilhamd! Kemudian ada seorang dari sheikh yakni kawan kepada khatib tersebut, pun menyanyikan satu nasyid. Walaupun tak berapa faham, ku layani juga suaranya yang agak syahdu. Di situlah aku melihat ramai yang termenung dan melayan perasaan masing-masing.


Selepas itu berkerumunlah orang ramai yang datang bersalam dan memeluknya.


Sungguh, aku dapat lihat dengan jelas mata saudara baru itu yang berkaca yang mungkin dia tahan dari terjatuh.


Apapun seusai solat ghaib berjemaah, aku berpeluang untuk bersalam dan memeluknya saudaraku itu...


Barakallahufik.. May Allah bless you..


Oh Ya Allah, Engkaulah pemilik hidayah, bukan kami Ya Allah. Engkaulah yang memberikan hidayah, bukan kami Ya Allah. Kami.. hanya mampu berusaha dengan kudrat kami untuk menyampakan dakwah Rasulullah s.a.w.


ps - sungguh setiap orang Islam itu perlu menggalas tugas dakwah, bukan untuk segolongan orang sahaja.




No comments:

Post a Comment

Luahkan saja isi hatimu itu.