Minggu lepas aku ditegur oleh 2 pak africans. Muslims of course.
Sesungguhnya teguran itu penting, mungkin itulah satu cara bagaimana Allah mahu menegur kita.
Yup, belajar dari kesilapan.
Adegan pertama.
Yang pertama, ketika sedang bergegas ke musolla kaed, solat zuhur di situ sebab lepas solat dekat je nak pergi kelas drawing.
Waktu sudah masuk, namun ketika bergegas untuk mengambil wuduk, masih ada lagi yang lepak, berehat di bangku2. Aduhai pemuda, bukankah Rasulullah s.a.w. memanggil Bilal : "Wahai Bilal! Rehatkan kami dengan solat. (yakni menyuruhnya azan untuk solat)"
Malah Rasulullah saw juga menegur (tak sure sama ada Rasulullah atau para sahabat) seorang yang melewatkan solat : "Wahai fulan, padamkanlah api yang sedang membakar dirimu!"
Sesungguhnya teguran ini untuk diriku dulu sebelum orang lain kerana melewatkan solat. =/
Seusai mengambil wuduk, ku bergegas menaiki tangga ke tingkat atas, argh masbuq lagi.
Teringat kisah Abdul Rahman b Auf yang terlewat, yang lewatnya hanya tidak sempat takbiratul ihram bersama imam.
Sesudah solat, Rasulullah SAW menegur Abdul Rahman di atas sikap beliau yang lebih mengutamakan urusan perniagaannya berbanding solat yang sudah hampir didirikan. Abdul Rahman amat terpukul dengan teguran daripada Nabi Muhammad SAW dan belia amat menyesal dengan kesilapannya.
Lalu, Abdul Rahman telah menawarkan kepada Rasulullah SAW, untuk menginfakkan kesemua harta dagangannya demi menebus pahala solat yang telah luput itu. Namun nabi menggelengkan kepalanya, yakni pahala itu tidak sama nilainya dengan keseluruhan harta dagangannya. Abdul Rahman bertambah sugul, lalu Abdul Rahman menawarkan untuk memberikan seluruh harta dagang itu bersama unta-unta pembawanya; namun nabi masih menyatakan ia tidak sama.
Akhirnya, Abdul Rahman bertekad untuk menginfakkan segala-galanya yang ada di dalam rombongan dagang itu, termasuklah para hamba dan pekerjanya kepada Islam; namun Nabi Muhammad SAW masih menyatakan, pahalanya tidak sama. http://www.hamizul.com/?p=1262
Aku solat di tepi pak arab kerana saf depan sudah penuh. Nampaknya bukan takbir pertama yang terlewat, tetapi 4 rakaan sudah! Astaghrifullah! Aku pun meneruskan solatku sesudah imam memberi salam.
Sedang aku dan pak arab meneruskan solat, mula datang jemaah baru lalu menepuk pak arab sebagai imam kedua. Maklumlah surau tu kecik, memang sesak jugaklah. Sampai terpaksa sambung di sebelah imam, bukan belakang imam lagi.
Sedang aku solat, aku mula merasakan pelik, seperti ada 2 imam yang mengetuai solat. Cuma kadang2, gerakanku kebetulan menyerupai imam pak arab, lalu boleh membuatkan makmum belakang confuse.
Namun, aku buang khayalanku dan terus usaha untuk khusyuk. Dahla datang lewat, tak khusyuk lak tu.
Selepas semua habis solat, datang seorang pak african menegurku dengan memberi salam dahulu.
Assalamualaikum brother, how are you?
Rupanya dia hendak menegurku sepatutnya time pak arab mengimamkan, aku perlu gerak beberapa langkah ke depan agar para makmum di belakang tidak confuse siapa imam! Aduhai, boleh pulak tak terfikir.
Sebelum ini juga aku pernah ditegur bahawa boleh bergerak ketika dalam solat, demi untuk melakukan sujud/ruku' yang sempurna, demi untuk mendapatkan khusyuk'. Sesungguhnya, sebagai seorang mukmin kita harus alert tentang perkara sekeliling kita bukan?
Adegan ke-2.
Di kelas engineering drawing.
Sejuk betul kelas ni. Kali ni bawak sweater lak.
Sebelah aku ada seorang hamba Allah dari Chad, bernama Abdurrahman. Aku baru berkenalan dengan dia dalam kelas tu. Maklumlah duduk sebelah tapi tak bertegur sapa... saudara muslim itu kan bersaudara?
Ketika melukis assignment dalam kelas, masing2 dengan gaya lukis yang tersendiri, sangat unik. Brother Chad ni pulak kata kat aku yang dia masih confuse dan lemah.
You are better than me.
Nah, everyone can be good in drawing.
No, you are better than me.
Gulps. Serious betul brother Chad nih. Mula2 dia nampak serious, tapi lama2 makin rapat sambil gelak sama2. Haha, best betul geng ngan pak african.
Tapi subhanallah, walaupun dia lemah dan selalu mintak tolong dari aku, tapi dia juga menegur aku untuk kebaikan.
Maklumlah drawing, bila guna jangka lukis untuk buat circle, aku terconteng 1 garisan pekat! Terjerit tension la aku secara spontan!
Argh!
Dengan tak semena-mena, Abdurrahman ni tegur aku sambil sengih :
Brother, say Bismillah brother.
Gulps, Astaghfirullah! Itulah, banyak betul kekhilafan aku sebagai hambaNya.
Teguran2lah yang kadang2 mengetuk kita agar menyuruh kita mematangkan iman kita.
Jazakallahu khayr!
ps - so far, banyak pelajar dari african countries yang friendly dan helpful, in the same time beriman. seronok menjalinkan ukhuwwah bersama mereka.
No comments:
Post a Comment
Luahkan saja isi hatimu itu.