Imam Malik menjawab, kamu harus ada 4 perkara ini, nescaya kamu akan mendapat ketenangan yang sebenar.
Yang pertama, kamu mesti ada kenderaan yang pantas.
Yang kedua, kamu mesti ada rumah yang luas dan besar.
Yang ketiga, kamu mesti ada pakaian yang cantik.
Yanf keempat, kamu mesti ada lampu-lampu yang terang cahayanya.
Sahabat mula hairan dan bertanya kepada Imam Malik;
"Ya Imam Malik, bagaimana anda boleh katakan mesti ada kenderaan yang pantas sedangkan anda sendiri tidak mempunyainya. Kuda-kuda kami boleh berlari pantas dan gagah, tidak seperti kudamu itu yang sudah tua."
Imam Malik menjawab, "Sesungguhnya kenderaan yang pantas yang ku maksudkan itu adalah
akal yang berfikir."
"Ya Imam Malik, bagaimana anda katakan mesti ada rumah yang besar dan luas sedangkan rumah anda sendiri adalah kecil, tidak sebesar dan seluas rumah kami?"
"Sesungguhnya rumah yang besar dan luas yang ku maksudkan itu adalah
kesabaran yang tinggi.
"Ya Imam Malik, bagaimana anda katakan mesti ada pakaian yang cantik sedangkan pakaian anda tidaklah secantik dan seindah pakaian kami?"
Imam Malik menjawab, "Sesungguhnya pakaian yang cantik yang ku maksudkan itu adalah
akhlak yang baik dan terpuji."
Wahai Imam Malik, bagaimana kiranya anda mengatakan mesti ada lampu-lampu terang yang menerangi sedangkan lampu di rumah anda tidaklah seterang mana, malap sahaja, tidak seperti lampu-lampu yang menerangi rumah kami?"
Imam Malik menjawab, "Sesungguhnya lampu-lampu terang yang menerangi yang ku maksudkan itu adalah sebenarnya
ilmu yang bermanfaat."
No comments:
Post a Comment
Luahkan saja isi hatimu itu.