Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Thursday, February 11, 2010

Zakat Penyuci Harta


Kita sedia maklum bahawa zakat itu menyucikan harta dan rezeki yang kita ada.

Tapi bagaimana rasionalnya? Bukankah pekerjaan aku tu halal, dapat gaji pun gaji bersumber yang halal?

Salah satu rasionalnya, contohnya bila kita pergi kerja. Kita dibayar gaji contoh RM2000 sebulan untuk berkerja dari pukul 8am hingga 5pm. Bagi manusia yang serba lemah, adakah kita selalu datang on-time? Dengan kesesakan lalu lintasnya dan jika tidak jalan raya tak jam sekali pun kita masih ada keberangkalian untuk datang lewat, mencuri masa 30 minit tanpa bekerja contohnya. Bila balik pula yang patutnya habis pukul 5 kita balik 4.30. Sehari kita dah curi 1 jam. 30 hari mahu 30 jam jadinya. Takkan nak qada' pula time kerja ni. Bos dah bagi gaji, ambil je lah.




Sesungguhnya gaji yang kita terima itu tidaklah bersih sepenuhnya, kerana kita tidak bekerja dengan penuh amanah. Dengan zakatlah masalah-masalah seperti ini dapat diselesaikan. Dengan membayar zakatlah kita dapat zakat menyucikan, membersihkan harta yang kita peroleh itu.

ps - Bila difikirkan sejenak, banyaknya Allah bagi kita keringanan (rukhsah) dan nikmat kan? Indahnya Islam ini. Kenapalah masih ada yang mengatakan agama Islam ini leceh dan susah.


No comments:

Post a Comment

Luahkan saja isi hatimu itu.