Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Thursday, February 11, 2010

Jangan Tergoda Lagi!


Alhamdulillah, penulis selamat sampai di stesen bas klang dalam pukul 7.20pm sempena cuti perayaan cina pada minggu depan.

Mengikut pengalaman balik kampung yang lepas, biasanya iman kita di kampus dan di kampung boleh berubah, naik turun naik turun, bergantung kepada orang itu sendiri. Kekuatan iman kita sering diuji oleh Allah untuk mengetahui manakah hamba-hambaNya yang betul-betul bertakwa terhadapNya. Begitu beruntunglah orang-orang yang bersabar mempertahankan maruah imannya daripada tercalar oleh nafsu godaan syaitanirrajim. Oleh itu, tanamkan kekuatan dalam hati, katakan kepada diri sendiri dengan lantang;

AKU TAKKAN TUNDUK KEPADA SYAITAN LAGI! AKU TAKKAN TERGODA!! TAKKAN!!! AKU AKAN MELAWAN MEREKA HINGGA KE AKHIR HAYATKU!!!!

Free yourself! Be the KING of your own body!


Jika terlalu leka di rumah, juga buruk padahnya. Tanamkan azam dalam hati untuk melakukan perkara yang berfaedah ketika cuti ini. Kerana tiada lagi fenomena "resonance" dalam kehidupan seharian; wah dia ni solat kat surau, aku pun nak pergi jugak la, wah dia ni rajin la study, aku pun nak study jugak la.

Kita amat senang terpengaruh dengan keadaan sekeliling kita, yang baik mahupun buruk. Insan yang dulu jarang sembahyang boleh mula rajin sembahyang bila melihat roommate nya asyik dengan sembahyangnya. Insan yang dulu menjaga pertuturan kata dan auratnya boleh mula seronok mencarut dan menayangkan aurat ke sana sini.

KUATKANLAH USAHAMU ANAK ADAM! KUATKAN AZAMMU!! BERNEKADLAH UNTUK BERUBAH!!!

Ingatlah bahawa manusia itu sering berada dalam kerugian, firman Allah SWT :

1. Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian,
3. kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal saleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran.

(Surah Al- 'Asr 103:1-3)


ps - rasa macam banyak plan nak buat cuti ni, harapnya dapat diisi dengan pengisian yang berfaedah dan berguna. InsyaAllah.

geli hati saya bermain dengan seorang kanak-kanak perempuan dalam bas. tak jemu bermain dengannya walaupun tanpa kata-kata, membuatkan diri ini tersenyum selalu dan juga memikirkan jauh tentang masa hadapanku bila sudah mempunyai tanggungjawab seorang ayah kelak. ;)

No comments:

Post a Comment

Luahkan saja isi hatimu itu.