Whoa, lama juga tak update blog.
Maklumlah, it was a dark time for me. Dan sibuk dengan persiapan tertiary education.
Long story cut short, I didn't meet the requirement to study in the overseas. 6 markah membezakan segalanya. 6 markah menjadi penghalang untuk aku menjejak kaki ke dalam kapal terbang MAS!
Saya sudah berusaha bersungguh-sungguh, namun ketetapan Allah itu tetap akan berlaku. Hanya boleh redha.
Saya sudah berusaha bersungguh-sungguh, namun ketetapan Allah itu tetap akan berlaku. Hanya boleh redha.
Only 12 out of 29 made it. Congratulations to you guys! Allah telah menetapkan Spain itu takdir enteorang awal2 lagi.
Yang 17 itu, tak semestinya tidak berjaya. Ini adalah ujian yang harus kita tempuh.
Failure is only a temporary change in direction to set you straight for your next succcess.
Antara sebab Allah sengaja menggagalkan kita :
1. Agar kita mendapat iktibar, memperbaiki kesilapan lalu.
2. Boleh jadi kamu benci pada sesuatu itu padahal ia baik buat kamu.
3. Melihat siapa yang tabah dapat tempuh ujian ini.
4. Allah merindui rintihan doa hamba2Nya yang memerlukan pertolongan serta sedang dalam kegelisahan.
5. Tarbiah secara direct dari Allah, untuk menjadikan kita lebih tabah, matang dan cerdik dll Allhu'alam.
6. He knows best. He knows best. Banyak hikmah, ada yang kita dah kupas sendiri dan 1001 yang menanti ke hadapan.
Sekarang terserah pada kita bagaimana kita hendak menghadapinya dan bergerak kehadapan.
Serugi-rugi orang ialah mereka yang tidak mengambil iktibar akan kegagalan mereka, dan meneruskan gaya hidup mereka di takuk lama. Na'uzubillah.
Though it was heavy but I keep trying to see this in a positive way.
Sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, Allah akan mencukupkan baginya.
Alhamdulillah, akhirnya aku dapat redha dengan ketentuan Allah.
IPTA atau IPTS sekarang?
.
Bersyukur tak terkata bila dapat panggilan untuk interview oleh UIA/IIUM, (IPTA idaman).
Dan Alhamdulillah, berkat doa keluarga dan semua orang, akhirnya sampai juga offer letter ke rumah.
(Sangat terhutang budi pada Keluarga Puan Hasleena. Hanya Allah yang dapat membalas jasa puan.)
Bukankah Allah lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya?
ps - Rakan-rakanku yang berjaya menyambung ke luar negara, ingatlah anda insan terpilih oleh Allah untuk melalui jalan yang sukar itu. Banyak ujian yang akan anda tempuhi. Stay firm in your akidah, dan berpegang teguh pada Al-Quran dan Sunnah. InsyaAllah anda akan berjaya dunia akhirat.
- Rakan2 yang menyambung di dalam negara, di mana pun kita belajar biar niat kita betul. Belajar ikhlas kerana Allah. Kita sedang membawa panji2 Islam dalam jihad menuntut ilmu. Tunjukkan contoh yang terbaik sebagai seorang muslim di tempat belajar supaya mereka non-muslim akan tertarik dengan keindahan Islam itu sendiri.
- Rakan2 yang menyambung di dalam negara, di mana pun kita belajar biar niat kita betul. Belajar ikhlas kerana Allah. Kita sedang membawa panji2 Islam dalam jihad menuntut ilmu. Tunjukkan contoh yang terbaik sebagai seorang muslim di tempat belajar supaya mereka non-muslim akan tertarik dengan keindahan Islam itu sendiri.
No comments:
Post a Comment
Luahkan saja isi hatimu itu.