Tetapi ini bala bencana.
Inilah salah satu tanda kedatangan hari kiamat. |
Baru seusai menonton Majalah 3 menyiarkan tentang letusan gunung berapi di Yogyakarta. Ketahuilah bala bencana tidak datang begitu sahaja, tetapi itu amaran, balasan, malapetaka yang diturunkan oleh Allah SWT.
Yang menggeramkan penulis ialah, tentang pemimpin2 Malaysia sendiri yang masih tidak sedar akan kepentingan mencari keredhaan Allah SWT.
Dengan cadangan menjadikan Malaysia menjadi hab hiburan, 10 kelab malam akan dibina, di Lembah Klang pulak tu. Exco mereka memberi ulasan, -kita mesti pandang positif benda ni - kelab malam ini khususnya untuk pelancong luar negara - tiada masalah bla bla dll. (dari surat khabar sinar)
Wahai pemimpin, mengapa mencari bala? Bayangkan mereka di Indonesia, harus berkorban meninggalkan aset2 mereka dan lari ke tempat yang selamat. Letak diri kita di tempat mereka. Sanggup?
Rakyat Malaysia harus rasa bertuah, maksiat2 yang dilakukan oleh mereka yang zalim itu ditutup oleh mereka yang 'alim beribadah. Pernah dengar di ceramah, di satu tempat itu ditutup 70 maksiat yang dilakukan oleh orang zalim kerana adanya seorang 'alim yang kuat beribadah di situ. Allahu'alam.
Kelab malam ini dikhususkan untuk pelancang luar negara?
Patutnya mereka memberikan contoh terbaik dengan menggunakan Islam The Way of Life supaya mereka pelancong luar negara atau dalam sendiri, yang bukan Islam merasa tertarik dengan pendekatan yang mereka terima.
Ini tidak.
Digalakkan lagi mereka ini melakukan maksiat. Sayang, mereka mempunyai kuasa untuk berdakwah secara globalisasi tetapi tidak dilaksanakan. Sayang, menyesal tak sudah bila semuanya dihisab kelak.
Di samping kita mendoakan dikurniakan hidayah untuk kita dan kaum keluarga atau sahabat, marilah kita juga mendoakan para pemimpin kita agar kembali menegakkan undang-undang Islam, meletakkan Islam itu di tempat tertinggi, Islam didahulukan, keredhaan Allah diutamakan.
Ya Allah, lindungilah negara kami dari bala bencana...
ps - Pengacara M3 itu bernasib baik tidak diragut nyawa semasa membuat dokumentari di Indonesia sana. Allah masih memberi peluang untuk anda, semoga dikurnia taufiq dan hidayah, amiin.
No comments:
Post a Comment
Luahkan saja isi hatimu itu.