Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Wednesday, January 27, 2010

Mengapa aku lakukan semua ni?


Sekadar menjawab persoalan dan kemusykilan tentang blog saya.

Eh, ape bende yang ko buat nih? Blog agama?

InsyaAllah saya akan cuba terus menerus berniat Lillahi Ta'ala.  Banyak benda yang saya ingin buat untuk berdakwah tetapi apa yang saya termampu sekarang hanyalah berdakwah dan berkongsi pengetahuan yang tidak seberapa melalui blog. Harapan di hati agar penciptaan blog ini sebagai platform pertama saya untuk melangkah ke dunia pendakwahan. Selain itu, blog ini akan menjadi sebahagian dari diari kehidupan saya.

Tapi kenape ko pilih jalan berdakwah ni?

Cemburu
Sebenarnya saya amat mencemburui para-para pendakwah, ustaz2 ulama' yang membimbing umat manusia ke jalan Islam yang murni lagi syumul. Saya cemburu dengan usaha mereka yang ternyata membuahkan hasil yang banyak.


Mereka menyahut firman dalam Kalam Allah
"Dan berilah mereka pelajaran dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka." 
(An-Nisa':63)


Dan mereka genggam kata2 Rasulullah SAW sebagai motivasi jihad juang mereka.


Dari Abu Hurairah ra. berkata Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Siapa saja yang mengajak kepada kebenaran, maka ia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengerjakannnya tanpa dikurangi sedikitpun. Dan siapa saja yang mengajak kepada kesesatan, maka ia mendapat dosa seperti dosa orang yang mengerjakannya tanpa dikurangi sedikitpun.” (HR. Muslim)


Semoga terus bermotivasi.

Minat
Fitrah kejadian manusia, mereka suka bila lihat orang lain gembira. 
Mereka suka membantu orang lain. Cuma kita saja yang tidak sedar.

Mencungkil Bakat
Setiap orang ada bakat yang tersendiri. They are hidden in ourself. We didn't make enough effort to dig it out. Saya sedang berada di dasar, dan hendak menggali lebih dalam. Setiap bakat yang kita ada boleh digunakan sebaik-baiknya.

Bile mase ko jadi alim nih? Dulu ko tu pun same je ngan kitorang?

Pertama, saya bukanlah orang alim mahupun soleh.


Kedua, sepatutnya tiada perasaan aneh terhadap orang alim. Orang yang berasa aneh kepada orang yang beramal soleh, dialah sebenarnya yang pelik bin aneh. Tidak mengejutkan kerena dunia sedang menuju akhir zaman.


Islam itu agama fitrah. Jika diletak manusia itu di satu tempat, dibiarkan ia melata, nescaya dia akan datang kepada satu konsep kebaikan. Dan konsep kebaikan itu adalah dari Islam itu sendiri.


Hidayah itu untuk dicari bukan ditunggu. Adakah boleh disinari cahaya hidayah jika jendela tidak dibuka?

Ko tu cukup ilmu ke nak berdakwah nih? Dulu ko bukannya sekolah agama pun, apatah lagi sekolah pondok.

Pertama, saya memang tak cukup ilmu, apatah lagi nak berdakwah. Tetapi semua orang boleh memberi nasihat dan cetusan idea yang bernas yakni boleh membantu.

Sesiapa sahaja boleh menggalas hadis Nabi SAW "Sampaikan dariku walau satu ayat." Perlu diusahakan agar sumber yang kita nak sampaikan itu sahih lagi tepat. Nanti dicop sesat pulak. Walaupun begitu, tidak semua boleh berdakwah semberono sahaja tanpa ilmu.


Ilmu perlu dicari, dan seeloknya berguru dengan alim ulama'. Lebih-lebih lagi dalam keadaan kita yang sentiasa terbuka peluang untuk menuntut ilmu agama. (Nasihat untuk diri...) 


 -



Setiap manusia diciptakan dengan jalan liku kehidupan yang berbeza. Dalam jalan kehidupan saya pula, pemikiran saya mengatakan bahawa Allah mahukan saya untuk menjalani jalan hidup yang berbeza agar saya beroleh iktibar dan pengalaman dari jalan yang saya lalui. Dengan keadaan ilmu saya yang cetek ini, dan dengan berbekalkan semangat dakwah di dalam diri, dengan izin Allah saya akan berinisiatif untuk menimba dan menambah ilmu di dada. Saya quote dari kata-kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil;
"The more you want to give, the more you need to have."

Jadi sebelum saya sampaikan sesuatu itu, saya akan pastikan info yang diberi itu tepat dengan membuat kajian demi kajian terlebih dahulu. InshaAllah. I believe there's always a room for improvement.

Eleh, name blog pun taruk name sendiri, tak lain tak bukan nak populer dan bangge diri la tu.

Memang diakui setiap manusia tidak lari akan perasaan riak dan takabbur atas daya hasutan syaitan termasuklah saya. Mujahadah. Usaha doa lah agar sifat2 mazmumah ini tersingkir dari diri.

Saya berfikir panjang ketika ingin meletakkan nama blog saya, sama ada meletakkan nama saya sendiri atau hanya nama-nama samaran.

Saya silami diri ini untuk mencari jawapan. Jika saya letak nama samaran, saya takut diri yang selalu dibisik dengan hasutan syaitan ini akan berfikir
"Alah, kat blog tu aku orang lain, kat dunia luar ni aku orang lain."

Jika saya letak nama sendiri, inshaAllah saya akan sering mengingati usaha-usaha saya. Ini akan mencerminkan diri saya sendiri sebagai khalifah yang hendak berdakwah dengan berharap agar diri ini akan sering terbatas dari melakukan dosa dan mengikut hawa nafsu.

Ya Allah, berkatilah jalan yang ku pilih ini. Amin.

Jazakallah.


- this post has been edited on 16 Nov 2010.

Sunday, January 24, 2010

Wahai cinta, apakah maksudmu?


Kali ini penulis ingin berkongsi cerita tentang peristiwa silam yang yakni dianggap sebagai turning point untuk dirinya. Peristiwa tersebut telah banyak mengajarnya erti-erti kehidupan dan kebahagiaan cinta. Penulis berharap agar cerita nukilan silam ini dapat memberi iktibar kepada mereka yang masih mencari-cari akan makna cinta, sama ada cinta dunia ataupun cinta hakiki.

Cinta Pertama
Kisah bermula apabila saya mengenali seorang perempuan yang lebih muda dari saya. Kami berdua masih belajar lagi. Jujur saya katakan, saya tidak pernah menjumpai perempuan sepertinya, saya menyukai segala tentangnya lebih-lebih lagi pegangan agamanya yang dipamerkan olehnya luaran dan dalaman. Saya bisikkan kepada diri saya, inilah kali pertama saya menyukai seseorang kerana agamanya. Pendek kata kami berdua telah jatuh cinta buat kali pertamanya selepas 4 bulan berkenalan, kemudian kami pun mulalah melakukan apa yang anak muda dan remaja sering lakukan di zaman ini iaitu bercouple. Detik-detik indah ketika bercouple amat mengujakan, ya walaupun saya tidak melalui bagaimana couple-couple lain yang lebih mesra seperti berjumpa dan berdating selalu, saya sudah mengalami satu perasaan paling indah yang berada di hati, iaitu cinta. Ya bercinta itu seronok, bak kata orang seperti ada rama-rama yang berterbangan di dalam perut ketika mengingati si dia. Makin hari, hati makin rindu, makin hari, hati makin sayang. Janji-janji manis dan bahagia acapkali diungkapkan. Indahnya perkataan melakar cinta di syurga ketika itu. Hidup ketika itu seperti sudah sempurna kerana terasa rusuk kiri ku telah dilengkapi, separuh jiwa ragaku telah dipunyai, walaupun masih belum mendirikan mahligai keluarga.

Walaupun kami amat berasa gembira atas percintaan kami, ada sedikit rasa bersalah akan hubungan kami, kerana masih ada pengetahuan agama yang menimbulkan rasa was-was di hati kami, "Adakah kami sedang melakukan zina hati?" Namun, persoalan itu sering lenyap kerna asyik melayan cinta dan rindu. Setiap rasa rindu diubati dengan berSMS dan bergayut sehingga berjam-jam lamanya. Saya tidak kisah berhabis duit dan masa kerna alangkah nikmatnya
apabila menemui penawar rindu. Perkataan "cinta" juga kerap diucapkan ketika di halaman rindu.

Hari Yang Gelap
Hari tidak selalunya cerah. Pendek kata hubungan kami tidak bertahan lama. Beberapa bulan selepas itu dia mula menyatakan tiada lagi perasaan cinta. Cintanya sudah habis pudar ditelan bayangku sendiri. Pagi yang indah damai kini mula gelap dengan senja hujan lebat. Kami berdua telah diisytiharkan break-up. Hatiku remuk, rusuk kiriku retak. Itulah kali pertama hati ini mengalami broken heart, pedihnya tidak terkata, hanya Tuhan dan orang yang mengalami sahaja yang tahu. Saya tahu, hubungan kami hanya bertahan tidak sampai setahun, jika nak dibandingkan dengan orang-orang yang break-up setelah bertahun-tahun bercouple, namun saya tahu apa rasanya apabila cinta dinafikan setelah sekian lama bertapak di hati. Saya tahu bagaimana rasanya apabila kehilangan seseorang yang dicintai sepenuh hati.

Kehidupan ketika itu bagaikan neraka dunia. Segala janji diingkari, segala impian telah musnah berkecai. Hati tidak langsung mengecapi ketenangan. Ingin sangat dianggapkan apa yang berlaku sebagai mimpi dan meraung-raung ingin terjaga semula. Selama sebulan saya cuba memperbaiki segalanya, dengan harapan agar semua kembali seperti biasa, seperti dahulukala. 1001 cara saya lakukan akan tetapi akibat ketidakmatangan saya sendiri, makin keruh pula jadinya, seperti sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

A Turning Point
Jika pembaca masih samar-samar akan objektif nukilan silam saya, anda akan mengetahuinya tidak lama lagi. Di sinilah berlakunya turning point yang saya katakan di awal perbicaraan.

Lumrah manusia, ketika hati penuh dengan perasaan duka, ketika hati inginkan sesuatu, ketika hati terasa sunyi, ketika hati dambakan ketenangan, ketika kita betul-betul berada dalam keadaan "weak zone", kepada siapakah kita akan pergi?

Ya, tidak lain tidak bukan, kepada Yang Maha Pencipta yang menciptakan manusia dengan kebijaksanaanNya. KepadaNyalah tempat mengadu domba, kepadaNyalah tempat memohon segalanya. Setelah break-up, ketika hati masih terasa pedih, diri ini sering berusaha mencari makna akan erti cinta sebenar, erti percintaan di dalam dunia Islam yang ku ambil temeh dahulu. Dengan cara bagaimanakah kita dapat bercinta hingga ke syurga? Cinta kepada siapakah yang harus diagungkan? Apakah erti cinta yang hakiki?


Antara laman web agama untuk menimba ilmu, laman web www.iluvislam.com lah kegemaran saya. Sarat dengan artikel-artikel keagamaan yang berlandaskan syariat Islam. Kebanyakan persoalan saya sudah terjawab di sana. Perbincangan tentang hukum couple hangat dibincangkan. Sudah beberapa artikel tentang perkara tersebut telah saya baca namun hati ini masih tertanya-tanya akan kebenaran dan keberhasilannya.

Sehinggalah saya menemui sebuah artikel, nukilan pengalaman seseorang yang telah memasuki dunia cinta manusia dan kemudiannya diberi petunjuk oleh Yang Maha Esa. Di situ segala pertanyaanku terjawab. Setelah banyak hasil kompilasi artikel di laman web tersebut sudah saya baca sehinggalah saya menemui hasil nukilan oleh penulis artikel tersebut, yang bernama saudara umairzulkefli, Alhamdulillah beliau telah berjaya membuka mata hatiku, telah berjaya merubah persepsiku tentang erti cinta sebenar. Anda bolehlah membaca artikel tersebut di sini : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=568

Kepada pembaca-pembaca yang masih bercouple dan masih tertanya-tanya tentang erti cinta sebenar, disarankan agar membaca artikel tersebut dengan penuh hikmah agar dapat menghayati segala apa yang hendak disampaikan.


Cinta agung, cinta hakiki terletak hanyalah pada Allah SWT. Setelah menyedari semua itu, secara tidak langsung, perasaan insaf, perasaan ingin berubah, perasaan ingin merapatkan diri dan memegang erat tali Allah terjalin. Ia nya betul-betul sungguh ajaib, Alhamdulillah kini walaupun dalam kemarau duka yang berpanjangan dengan hanya mengingatiNya hati ini dapat mencari ketenangan.

Benarlah firman Allah SWT :

Verily, only in the remembrance of Allah do hearts find rest. (Surah ar'Ra'd 13:28)

Memang diakui amat pedih untuk menjalani hidup ketika hati seperti dihempas pecah. Saya masih ingat ketika itu betapa seksanya hendak melalui sehari tanpanya. Memang diakui betapa seksanya setiap nafas kerana seperti adanya terlekat sembilu di hati. Memang diakui masih terdapat bayang-bayang si dia pada setiap apa yang kita lakukan. Terasa pilunya hati bila bayang-bayang itu muncul. Tetapi apakah hikmah disebalik semua ini?


Inilah kata hikmah yang banyak menolong saya untuk bangun semula.

Lantas ku berfikir, mengapa Allah lakukan ini semua? Mengapa Allah takdirkan ini semua untuk ku? Mengapa Allah membuatkan aku melalui jalan yang berduri ini? Sesungguhnya Allah lah yang mencipta manusia dan segala isi dunia dan Allah lah Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. He knows what's definitely the best for us.

Apa yang saya dapati sendiri dari peristiwa ini adalah agar dapat saya belajar dari kesilapan. Memang telah banyak kesilapan yang saya lakukan dalam tempoh percintaan tersebut. Malah tidak habis-habis saya salahkan diri sendiri kerana pudarnya cintanya kepada saya. Namun dari pengalaman-pengalaman tersebut, saya sedar akan kesilapan saya dan akan berusaha segala kudrat saya agar tidak mengulangi perkara yang sama apabila akan datang "cinta sejati" dalam hidupku kelak. Experience is a great teacher. Apa yang berlaku ini telah mematangkan pemikiranku yang dahulunya kekanak-kanakan.

Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat saya simpulkan di sini adalah :

1. Redhalah dengan segala ketentuan Allah, qada' dan qadar. Percayalah, segala yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Dan janganlah anda berfikir:
"kalaulah aku tak buat camtu time tu"
"kalaulah benda nih tak jadi macam ni"
"kalaulah aku boleh kembali ke masa itu, aku nak ubah segala-galanya"
Rasulullah saw telah bersabda ;
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

2. Berusahalah untuk mencari kebenaran, makna cinta sebenar, cinta yang dibalas dengan nikmat kurnia yang menjanjikan syurga.

3. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, segala kegagalan, segala kesilapan yang kita lakukan adalah untuk kita renungi agar kita membaiki diri ini untuk tidak mengulangi kesilapan lagi. Ingatilah pesanan emas ini :
"Hidayah bukan untuk ditunggu tetapi dicari."

4. Perlakuan zina itu haram. Dan zina terbahagi kepada beberapa jenis termasuklah zina hati. Dan jika zina hati itu haram, jalinan couple yang didirikan atas perlakuan zina hati tentulah haram juga. Jadi couple itu haram kerana adanya perlakuan zina hati. Malah bercouple itu sendiri menggalakkan perlakuan zina. Untuk lebih info tentang zina hati bolehlah membaca artikel ini : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1247

5. Janganlah membenci orang yang melukakan kamu, malah berterima kasihlah kepada mereka kerena atas sebab mereka lah anda menjadi lebih kuat sekarang.

6. Mohonlah segala yang dihajati kepada Allah, namun harus dipastikan tali anda dengan Allah harus diperkuatkan selalu.

7. Bersabarlah terhadap segala ketentuan dariNya. Malah, bersyukurlah kepadaNya kerana masih lagi memberi kesempatan terhadap kita. Bagaimana jika malaikatul maut datang mengunjungi ketika kita masih sesat di dunia yang fana? Jadi gunalah peluang yang diberi olehNya untuk memperbaiki diri ini dan kembali ke landasan Islam yang sebenar.

8. Kepada yang masih bercouple itu, saya nasihatkan agar berhentilah melakukan zina hati. Islam itu agama yang syumul, yang lengkap dan sempurna. Dalam Islam ada cara-caranya tersendiri untuk bercinta. Saya tahu memang sukar pada mulanya tetapi cubalah sedikit-sedikit. Kepada yang masih belum bercouple dan single, syabas saya ucapkan kerana anda sudah terlepas satu dosa yang membebankan hidup anda tanpa anda sedari.


Terima kasih Ya Allah kerana membuka hatiku semula. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberi aku kesempatan agar dapat ku perbaiki segala kelemahan. Ampunkanlah dosa-dosa yang kami lakukan Ya Allah. Aku memohon kepadaMu Ya Allah, rahmati dan berkatilah kami di dunia dan di akhirat kelak Ya Allah..

Tentang si dia yang telah mengubah kehidupanku ketika hadir dan pergi, inginku ucapkan kepadanya;

"Thanks for making me stronger."

Alhamdulillah, kini ku mengerti erti cinta sebenar.



PS - Koleksi-koleksi artikel menarik iluvislam :- http://www.iluvislam.com/v1/articles.php

Thursday, January 21, 2010

Kata-kata dariNya



....Dan barang apa saja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantinya dan Dia lah Pemberi rezki yang sebaik-baiknya.

and whatever you spend in Allah's cause, He will restore it; and He is the Best Sustainer.”
(Surah Saba' - ayat 39)

Dahsyatnya Murtad

Selama ini saya sering mendengar khabar-khabar tentang orang-orang kafir, yang syirik, golongan-golongan laknatullah dan tidak ketinggalan juga orang-orang yang ditarik hidayah mereka daripada Allah swt.

Tetapi baru pagi semalam, saya pelajari sesuatu yang baru, saya dapat merasa betapa ngeri dan sedihnya keadaan orang yang murtad. Saya baru sedar bahawa golongan-golongan ini sangat aktif di bawah radar internet yang menjadi tempat penyebaran maklumat. Mereka dikenali sebagai golongan FFI (Faith Freedom International) dan apa yang sempat saya baca di forum Indonesia Faith Freedom (IFF), satu cabang dari golongan tersebut yang berpusat di negara jiran Islam kita, Indonesia, sangat menggerunkan saya.

Di forum durjana tersebut, mereka bagaikan boneka yang ditarik talinya oleh syaitan-syaitan yang menjadi penariknya. Meraka berasa sungguh bangga akan kemurtadan mereka dan juga excited membicarakan keburukan Islam, menyebarkan kononnya dusta-dusta yang dicipta oleh manusia di dalam Islam dan Al-Quran dan mengumpil persoalan-persoalan yang membuatkan rasa was-was di dalam diri seorang Muslim yang tidak kuat pegangan akidahnya.

Mereka mengakui diri mereka murtad setelah menjalani kehidupan sebagai muslim dan amat berbangga dengannya. Kemudian saudara-saudara baru murtad ini disorak gembira selamat datang oleh bekas-bekas muslimin malah mengatakan "You made a good choice for becoming murtad my brother."

Nauzubillah. Ya Allah, Kau tetapkanlah iman kami Ya Allah! Hidupkanlah dan matikanlah kami dengan iman!

Saya sempat membaca beberapa thread forum tersebut sebelum IP saya diblok (saya percaya mereka yang memblok kerana saya tidak boleh mengakses ke forum mereka pada tengah hari).

Secara ringkasnya mengikut apa yang saya baca dan masih ingati di forum tersebut, seorang ini semasa kecil dia menanyakan seorang yang didakwa oleh dirinya seorang ustad yang tahu tentang hal-hal agama.

"Mengapa kita harus membenci orang bukan Islam?" "Kerana mereka orang kafir, kamu boleh buat apa-apa sahaja terhadap mereka."

"Jadi bolehkah saya menyakiti, memperkosa, dan membunuh mereka?" Jawab ustad tersebut "Ya, lakukan apa sahaja, perkosalah mereka, ludahlah mereka dan bunuhlah mereka! Mereka tak layak hidup di dunia ini!"

Begitulah lebih kurang persoalan dan jawapan yang didakwa dirinya.

Ya Allah, apabila saudara dan saudari mendengar seperti itu, apa yang terlintas di dalam minda saudara? Ya, dia bertanya kepada orang yang salah! Mungkin dia menanyakan seorang yang munafik, seorang dukun yang sangat jahil tentang ilmu agama, seorang manusia yang dikuasai dajjal yang memberi maklumat yang jelas tersimpang dari jalan Islam yang begitu indah.

Dengan hanya berpandukan kepada tok dukun tersebut, lantas dia membuat satu konklusi bahawa agama Islam ini mengajar tentang keganasan, penjenayahan dan segala benda-benda buruk lagi. Di sini, manakah silapnya?


Satu lagi adalah pengakuan seorang wanita yang mengucap 2 kalimah syahadah dan mengahwini seorang lelaki Islam. Dakwa dirinya, dia ingin mencari The Truth of Life, dia sudah masuk beberapa agama dan kini ingin mengetahui tentang agama Islam. Lalu dia melihat akan perjuangan Islam dalam keganasan-keganasan terroris, lalu dia menjadi musykil akan agama Islam yang orang ramai katakan agama yang aman. Lalu muncul-muncul persoalan-persoalan yang menyoalkan kekuasaan Allah seperti

"Allah kan menyayangi makhluknya, mengapa Dia menciptakan neraka untuk makhluknya sendiri?
"Allah kan adil, mengapa Dia menciptakan orang baik dan orang jahat?"

dan beberapa lagi soalan yang diajukan yang saya tak dapat mengingatinya. Lantas rasa was-was dan keraguan perempuan tersebut jatuh murtad, dan berkata "Saya tidak pernah merasa aman seperti ini."

Nauzubillahhiminzalik. Ya Allah, betapa sesat dan ngerinya keadaan orang yang ditarik hidayah oleh Allah. Sesungguhnya jika mereka mati sebagai kafir, betapa dahsyatnya azab yang menanti mereka di akhirat kelak.

Allah berfirman di dalam Surah Saba', tentang keingkaran-keingkaran orang kafir dan keadaan mereka di akhirat.

29. Dan mereka berkata: “Kapankah (datangnya) janji ini, jika kamu adalah orang-orang yang benar?”

30. Katakanlah: “Bagimu ada hari yang telah dijanjikan (hari kiamat) yang tiada dapat kamu minta mundur daripadanya barang sesaatpun dan tidak (pula) kamu dapat meminta supaya diajukan”.

31. Dan orang-orang kafir berkata: “Kami sekali-kali tidak akan beriman kepada Al Qur’an ini dan tidak (pula) kepada kitab yang sebelumnya”. Dan (alangkah hebatnya) kalau kamu lihat ketika orang-orang yang zalim itu dihadapkan kepada Tuhannya, sebahagian dari mereka menghadapkan perkataan kepada sebagian yang lain; orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: “Kalau tidaklah karena kamu tentulah kami menjadi orang-orang yang beriman.”

32. Orang-orang yang menyombongkan diri berkata kepada orang-orang yang dianggap lemah: “Kamikah yang telah menghalangi kamu dari petunjuk sesudah petunjuk itu datang kepadamu? (Tidak), sebenarnya kamu sendirilah orang-orang yang berdosa”.

33. Dan orang-orang yang dianggap lemah berkata kepada orang-orang yang menyombongkan diri: “(Tidak) sebenarnya tipu daya (mu) di waktu malam dan siang (yang menghalangi kami), ketika kamu menyeru kami supaya kami kafir kepada Allah dan menjadikan sekutu-sekutu bagi-Nya”. Kedua belah pihak menyatakan penyesalan tatkala mereka melihat azab. Dan Kami pasang belenggu di leher orang-orang kafir. Mereka

tidak dibalas melainkan dengan apa yang telah mereka kerjakan.

Surah Saba’ (34:29-33)

Kepada kita kaum muslimin ini, saya nasihati kepada kalian dan diri saya sendiri, peliharalah akidah, hidayah dan taufiq yang telah Allah berikan kepada kita. Sangat tidak ternilai harganya. Marilah kita panjatkan doa kita agar kita tidak disesatkan setelah kita berada di jalan yang benar ini. Allahuakbar! Amalkanlah doa ajaran Rasulullah di dalam petikan satu hadis;

Nabi SAW berdoa sampai menangis-nangis dan diulang-ulangkannya doa ini sehingga mencemaskan para sahabat:

“Rabbana la tuzi` qulubana ba`da izhadaitana, wa hablana min ladunka rahmah. Innaka antal wahhab.”

“Ya Allah, janganlah Engkau gelincirkan hati kami setelah Engkau beri hidayah kepada kami, dan berikanlah kepada kami daripada sisiMu rahmat kasih sayang yang banyak. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang boleh memberi segala-galanya.” (Hadith Riwayat An-Nasa`i)

Wallahualam.

ps - pesanan kepada mereka yang berasa tidak berapa kuat pegangan akidahnya atau ada segelintir perasaan was-was anda tentang Islam di dalam dada anda, elakkanlah dari melayari laman web tersebut. tetapi pergilah rujuk kepada para alim ulama', ustaz-ustazah, rakan2 dan mereka yang arif tentang ilmu agama. ingatlah bahawa syaitan itu akan terus berusaha menyesatkan anak Adam sehingga hari kebangkitan.

Wednesday, January 20, 2010

Kata-kata dariNya


Katakanlah: "Serulah mereka yang kamu anggap (sebagai tuhan) selain Allah, mereka tidak memiliki (kekuasaan) seberat zarah pun, di langit dan di bumi, dan mereka tidak mempunyai suatu saham pun dalam (penciptaan) langit dan bumi dan sekali-kali tidak ada di antara mereka yang menjadi pembantu bagi-Nya".

Proclaim, “Call those whom you assume (as Gods) besides Allah”; they do not own anything equal even to an atom either in the heavens or in the earth, nor do they have any share in them, nor is any one among them an aide to Allah.

Surah Saba' (34:22)

Monday, January 18, 2010

Ingatilah Mati

Assalamualaikum wbt.

16 Januari 2009 yang lepas, mak ngah ku Rahimah Bt. Baharom, telah kembali ke Rahmatullah.
Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah kepadanya dan mendoakan agar rohnya dicucuri rahmat, ditempatkan bersama orang-orang yang solehah.

Saya agak terkilan mendengar berita kematian almarhumah. Lebih terkilan lagi saya berada jauh di utara untuk menghadiri pengebumiannya di Selangor.

Arwah mak ngah ku, yang selesa dipanggil oleh saudara-saudaranya sebagai Ngah adalah seorang yang ceria dan peramah. Bagi saya dialah makcik yang paling rapat sejak saya kecil lagi. Selalunya setiap minggu jika ada kelapangan, arwah Ngah dan anaknya selalu berkunjung ke rumah kami. Memang amat susah untuk melupakan kehadirannya dalam diri kami.

Terlantas dihati ku, bagaimana pula jika emak atau ayah yang pergi ketika itu? Bagaimana pula jika aku yang pergi dahulu sebelum mereka? Sesungguhnya mati itu tidak mengenal usia.

Firman Allah, Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. (Ali Imran: 185).

Sudahkah aku bersedia untuk meninggalkan dunia ini? Cukupkah amalanku semua ini? Cukupkah bekalan-bekalan yang dicari di dunia yang yakni hanya satu persinggahan? Layakkah aku ke syurgaNya dengan hanya membekalkan amalan-amalanku yang ada sekarang ini?


Rasulullah Shallallahu Alaihi wa Sallam bersabda,
إِنَّ أَحَدَكُمْ يُجْمَعُ خَلْقُهُ فِي بَطْنِ أُمِّهِ أَرْبَعِينَ يَوْمًا ثُمَّ يَكُونُ عَلَقَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَكُونُ مُضْغَةً مِثْلَ ذَلِكَ ثُمَّ يَبْعَثُ اللَّهُ مَلَكًا فَيُؤْمَرُ بِأَرْبَعِ كَلِمَاتٍ وَيُقَالُ لَهُ اكْتُبْ عَمَلَهُ وَرِزْقَهُ وَأَجَلَهُ وَشَقِيٌّ أَوْ سَعِيدٌ . (متفق عليه)
“Sesungguhnyan kejadian seseorang itu dikumpulkan di dalam perut ibunya selama empat puluh hari. Setelah genap empat puluh hari kedua, terbentuklah segumpal darah beku. Manakala genap empat puluh hari ketiga, berubahlah menjadi segumpal daging. Kemudian Allah mengutus seorang malaikat untuk meniupkan roh, lalu malaikat itu diperintahkan untuk menuliskan empat perkara. Dikatakan kepadanya; Tulislah amalnya, rezekinya, ajalnya, dan (nasibnya) celaka atau bahagia.” (Muttafaq Alaih)

Semasa roh ditiupkan ke badan kita, 4 perkara telah pun ditetapkan oleh Allah untuk kita. Apabila diselami dengan lebih dalam tentang ajal maut kita, kita memang tidak tahu langsung bilakah Sakratul Maut akan datang mengunjungi kita. Esokkah? Minggu depankah? Tahun depankah? Atau hanya sebentar lagi? Ya Allah ampunkanlah segala dosa-dosa hambamu ini!


Memang benarlah akan pesanan
"Ingatilah mati",
"Sembahyanglah kamu sebelum kamu disembahyangkan"
"Sembahyanglah kamu dibelakang imam sebelum kamu disembahyangkan didepan imam."

Hayatilah dan ingatilah selalu akan pesanan-pesanan yang berupa seperti ini kerana pesanan tersebut dapat menghadirkan keinsafan pada diri, mentauhidkan diri, dan memotivasikan diri kita untuk meningkatkan amalan kepadaNya.

Ingatlah bahawa Hidayah itu perlu dicari, bukan ditunggu.


Inna Lillah Wa Inna Ilaihi Raji'un.
We belong to Allah, and to Him we shall return.


Hajat Di Dalam Dada.




Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Alhamdulillah, segala puji ke hadrat Allah S.W.T yang telah mengurniakan kita dengan berbagai-bagai nikmat di dunia ini. Syukurilah segala nikmat yang diberikanNya. Seharusnya kita agar tidak alpa dengan nikmat yang diberi kerana bila-bila sahaja nikmat tersebut boleh ditarik balik olehNya. Nauzubillah.

Semoga semua coretan dan tulisan di blog ini menjadi saham-saham yang berguna di akhirat kelak. Berilah peringatan kerana peringatan itu bermanfaat untuk orang mu'min.

Akhir kata, jika ada salah dan silap di mana-mana artikel saya, teguri dan betulkanlah saya. Saya seorang yang sangat suka belajar dari kesilapan. Harap dapat tunjuk ajar kepada saya. :)
(Yang baik itu datang daripada Allah, yang buruk itu datang dari kelemahan saya sendiri dan godaan syaitan. Allah dan RasulNya SAW bebas dari keburukan itu.)


Jazakallahu khayran.