Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Wednesday, January 27, 2010

Mengapa aku lakukan semua ni?


Sekadar menjawab persoalan dan kemusykilan tentang blog saya.

Eh, ape bende yang ko buat nih? Blog agama?

InsyaAllah saya akan cuba terus menerus berniat Lillahi Ta'ala.  Banyak benda yang saya ingin buat untuk berdakwah tetapi apa yang saya termampu sekarang hanyalah berdakwah dan berkongsi pengetahuan yang tidak seberapa melalui blog. Harapan di hati agar penciptaan blog ini sebagai platform pertama saya untuk melangkah ke dunia pendakwahan. Selain itu, blog ini akan menjadi sebahagian dari diari kehidupan saya.

Tapi kenape ko pilih jalan berdakwah ni?

Cemburu
Sebenarnya saya amat mencemburui para-para pendakwah, ustaz2 ulama' yang membimbing umat manusia ke jalan Islam yang murni lagi syumul. Saya cemburu dengan usaha mereka yang ternyata membuahkan hasil yang banyak.


Mereka menyahut firman dalam Kalam Allah
"Dan berilah mereka pelajaran dan katakanlah kepada mereka perkataan yang berbekas pada jiwa mereka." 
(An-Nisa':63)


Dan mereka genggam kata2 Rasulullah SAW sebagai motivasi jihad juang mereka.


Dari Abu Hurairah ra. berkata Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda: “Siapa saja yang mengajak kepada kebenaran, maka ia memperoleh pahala seperti pahala orang yang mengerjakannnya tanpa dikurangi sedikitpun. Dan siapa saja yang mengajak kepada kesesatan, maka ia mendapat dosa seperti dosa orang yang mengerjakannya tanpa dikurangi sedikitpun.” (HR. Muslim)


Semoga terus bermotivasi.

Minat
Fitrah kejadian manusia, mereka suka bila lihat orang lain gembira. 
Mereka suka membantu orang lain. Cuma kita saja yang tidak sedar.

Mencungkil Bakat
Setiap orang ada bakat yang tersendiri. They are hidden in ourself. We didn't make enough effort to dig it out. Saya sedang berada di dasar, dan hendak menggali lebih dalam. Setiap bakat yang kita ada boleh digunakan sebaik-baiknya.

Bile mase ko jadi alim nih? Dulu ko tu pun same je ngan kitorang?

Pertama, saya bukanlah orang alim mahupun soleh.


Kedua, sepatutnya tiada perasaan aneh terhadap orang alim. Orang yang berasa aneh kepada orang yang beramal soleh, dialah sebenarnya yang pelik bin aneh. Tidak mengejutkan kerena dunia sedang menuju akhir zaman.


Islam itu agama fitrah. Jika diletak manusia itu di satu tempat, dibiarkan ia melata, nescaya dia akan datang kepada satu konsep kebaikan. Dan konsep kebaikan itu adalah dari Islam itu sendiri.


Hidayah itu untuk dicari bukan ditunggu. Adakah boleh disinari cahaya hidayah jika jendela tidak dibuka?

Ko tu cukup ilmu ke nak berdakwah nih? Dulu ko bukannya sekolah agama pun, apatah lagi sekolah pondok.

Pertama, saya memang tak cukup ilmu, apatah lagi nak berdakwah. Tetapi semua orang boleh memberi nasihat dan cetusan idea yang bernas yakni boleh membantu.

Sesiapa sahaja boleh menggalas hadis Nabi SAW "Sampaikan dariku walau satu ayat." Perlu diusahakan agar sumber yang kita nak sampaikan itu sahih lagi tepat. Nanti dicop sesat pulak. Walaupun begitu, tidak semua boleh berdakwah semberono sahaja tanpa ilmu.


Ilmu perlu dicari, dan seeloknya berguru dengan alim ulama'. Lebih-lebih lagi dalam keadaan kita yang sentiasa terbuka peluang untuk menuntut ilmu agama. (Nasihat untuk diri...) 


 -



Setiap manusia diciptakan dengan jalan liku kehidupan yang berbeza. Dalam jalan kehidupan saya pula, pemikiran saya mengatakan bahawa Allah mahukan saya untuk menjalani jalan hidup yang berbeza agar saya beroleh iktibar dan pengalaman dari jalan yang saya lalui. Dengan keadaan ilmu saya yang cetek ini, dan dengan berbekalkan semangat dakwah di dalam diri, dengan izin Allah saya akan berinisiatif untuk menimba dan menambah ilmu di dada. Saya quote dari kata-kata Ustaz Hasrizal Abdul Jamil;
"The more you want to give, the more you need to have."

Jadi sebelum saya sampaikan sesuatu itu, saya akan pastikan info yang diberi itu tepat dengan membuat kajian demi kajian terlebih dahulu. InshaAllah. I believe there's always a room for improvement.

Eleh, name blog pun taruk name sendiri, tak lain tak bukan nak populer dan bangge diri la tu.

Memang diakui setiap manusia tidak lari akan perasaan riak dan takabbur atas daya hasutan syaitan termasuklah saya. Mujahadah. Usaha doa lah agar sifat2 mazmumah ini tersingkir dari diri.

Saya berfikir panjang ketika ingin meletakkan nama blog saya, sama ada meletakkan nama saya sendiri atau hanya nama-nama samaran.

Saya silami diri ini untuk mencari jawapan. Jika saya letak nama samaran, saya takut diri yang selalu dibisik dengan hasutan syaitan ini akan berfikir
"Alah, kat blog tu aku orang lain, kat dunia luar ni aku orang lain."

Jika saya letak nama sendiri, inshaAllah saya akan sering mengingati usaha-usaha saya. Ini akan mencerminkan diri saya sendiri sebagai khalifah yang hendak berdakwah dengan berharap agar diri ini akan sering terbatas dari melakukan dosa dan mengikut hawa nafsu.

Ya Allah, berkatilah jalan yang ku pilih ini. Amin.

Jazakallah.


- this post has been edited on 16 Nov 2010.

No comments:

Post a Comment

Luahkan saja isi hatimu itu.