Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.
Allahumma solli 'ala Muhammad wa'ala ali Muhammad.

Sunday, January 24, 2010

Wahai cinta, apakah maksudmu?


Kali ini penulis ingin berkongsi cerita tentang peristiwa silam yang yakni dianggap sebagai turning point untuk dirinya. Peristiwa tersebut telah banyak mengajarnya erti-erti kehidupan dan kebahagiaan cinta. Penulis berharap agar cerita nukilan silam ini dapat memberi iktibar kepada mereka yang masih mencari-cari akan makna cinta, sama ada cinta dunia ataupun cinta hakiki.

Cinta Pertama
Kisah bermula apabila saya mengenali seorang perempuan yang lebih muda dari saya. Kami berdua masih belajar lagi. Jujur saya katakan, saya tidak pernah menjumpai perempuan sepertinya, saya menyukai segala tentangnya lebih-lebih lagi pegangan agamanya yang dipamerkan olehnya luaran dan dalaman. Saya bisikkan kepada diri saya, inilah kali pertama saya menyukai seseorang kerana agamanya. Pendek kata kami berdua telah jatuh cinta buat kali pertamanya selepas 4 bulan berkenalan, kemudian kami pun mulalah melakukan apa yang anak muda dan remaja sering lakukan di zaman ini iaitu bercouple. Detik-detik indah ketika bercouple amat mengujakan, ya walaupun saya tidak melalui bagaimana couple-couple lain yang lebih mesra seperti berjumpa dan berdating selalu, saya sudah mengalami satu perasaan paling indah yang berada di hati, iaitu cinta. Ya bercinta itu seronok, bak kata orang seperti ada rama-rama yang berterbangan di dalam perut ketika mengingati si dia. Makin hari, hati makin rindu, makin hari, hati makin sayang. Janji-janji manis dan bahagia acapkali diungkapkan. Indahnya perkataan melakar cinta di syurga ketika itu. Hidup ketika itu seperti sudah sempurna kerana terasa rusuk kiri ku telah dilengkapi, separuh jiwa ragaku telah dipunyai, walaupun masih belum mendirikan mahligai keluarga.

Walaupun kami amat berasa gembira atas percintaan kami, ada sedikit rasa bersalah akan hubungan kami, kerana masih ada pengetahuan agama yang menimbulkan rasa was-was di hati kami, "Adakah kami sedang melakukan zina hati?" Namun, persoalan itu sering lenyap kerna asyik melayan cinta dan rindu. Setiap rasa rindu diubati dengan berSMS dan bergayut sehingga berjam-jam lamanya. Saya tidak kisah berhabis duit dan masa kerna alangkah nikmatnya
apabila menemui penawar rindu. Perkataan "cinta" juga kerap diucapkan ketika di halaman rindu.

Hari Yang Gelap
Hari tidak selalunya cerah. Pendek kata hubungan kami tidak bertahan lama. Beberapa bulan selepas itu dia mula menyatakan tiada lagi perasaan cinta. Cintanya sudah habis pudar ditelan bayangku sendiri. Pagi yang indah damai kini mula gelap dengan senja hujan lebat. Kami berdua telah diisytiharkan break-up. Hatiku remuk, rusuk kiriku retak. Itulah kali pertama hati ini mengalami broken heart, pedihnya tidak terkata, hanya Tuhan dan orang yang mengalami sahaja yang tahu. Saya tahu, hubungan kami hanya bertahan tidak sampai setahun, jika nak dibandingkan dengan orang-orang yang break-up setelah bertahun-tahun bercouple, namun saya tahu apa rasanya apabila cinta dinafikan setelah sekian lama bertapak di hati. Saya tahu bagaimana rasanya apabila kehilangan seseorang yang dicintai sepenuh hati.

Kehidupan ketika itu bagaikan neraka dunia. Segala janji diingkari, segala impian telah musnah berkecai. Hati tidak langsung mengecapi ketenangan. Ingin sangat dianggapkan apa yang berlaku sebagai mimpi dan meraung-raung ingin terjaga semula. Selama sebulan saya cuba memperbaiki segalanya, dengan harapan agar semua kembali seperti biasa, seperti dahulukala. 1001 cara saya lakukan akan tetapi akibat ketidakmatangan saya sendiri, makin keruh pula jadinya, seperti sudah tidak dapat diselamatkan lagi.

A Turning Point
Jika pembaca masih samar-samar akan objektif nukilan silam saya, anda akan mengetahuinya tidak lama lagi. Di sinilah berlakunya turning point yang saya katakan di awal perbicaraan.

Lumrah manusia, ketika hati penuh dengan perasaan duka, ketika hati inginkan sesuatu, ketika hati terasa sunyi, ketika hati dambakan ketenangan, ketika kita betul-betul berada dalam keadaan "weak zone", kepada siapakah kita akan pergi?

Ya, tidak lain tidak bukan, kepada Yang Maha Pencipta yang menciptakan manusia dengan kebijaksanaanNya. KepadaNyalah tempat mengadu domba, kepadaNyalah tempat memohon segalanya. Setelah break-up, ketika hati masih terasa pedih, diri ini sering berusaha mencari makna akan erti cinta sebenar, erti percintaan di dalam dunia Islam yang ku ambil temeh dahulu. Dengan cara bagaimanakah kita dapat bercinta hingga ke syurga? Cinta kepada siapakah yang harus diagungkan? Apakah erti cinta yang hakiki?


Antara laman web agama untuk menimba ilmu, laman web www.iluvislam.com lah kegemaran saya. Sarat dengan artikel-artikel keagamaan yang berlandaskan syariat Islam. Kebanyakan persoalan saya sudah terjawab di sana. Perbincangan tentang hukum couple hangat dibincangkan. Sudah beberapa artikel tentang perkara tersebut telah saya baca namun hati ini masih tertanya-tanya akan kebenaran dan keberhasilannya.

Sehinggalah saya menemui sebuah artikel, nukilan pengalaman seseorang yang telah memasuki dunia cinta manusia dan kemudiannya diberi petunjuk oleh Yang Maha Esa. Di situ segala pertanyaanku terjawab. Setelah banyak hasil kompilasi artikel di laman web tersebut sudah saya baca sehinggalah saya menemui hasil nukilan oleh penulis artikel tersebut, yang bernama saudara umairzulkefli, Alhamdulillah beliau telah berjaya membuka mata hatiku, telah berjaya merubah persepsiku tentang erti cinta sebenar. Anda bolehlah membaca artikel tersebut di sini : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=568

Kepada pembaca-pembaca yang masih bercouple dan masih tertanya-tanya tentang erti cinta sebenar, disarankan agar membaca artikel tersebut dengan penuh hikmah agar dapat menghayati segala apa yang hendak disampaikan.


Cinta agung, cinta hakiki terletak hanyalah pada Allah SWT. Setelah menyedari semua itu, secara tidak langsung, perasaan insaf, perasaan ingin berubah, perasaan ingin merapatkan diri dan memegang erat tali Allah terjalin. Ia nya betul-betul sungguh ajaib, Alhamdulillah kini walaupun dalam kemarau duka yang berpanjangan dengan hanya mengingatiNya hati ini dapat mencari ketenangan.

Benarlah firman Allah SWT :

Verily, only in the remembrance of Allah do hearts find rest. (Surah ar'Ra'd 13:28)

Memang diakui amat pedih untuk menjalani hidup ketika hati seperti dihempas pecah. Saya masih ingat ketika itu betapa seksanya hendak melalui sehari tanpanya. Memang diakui betapa seksanya setiap nafas kerana seperti adanya terlekat sembilu di hati. Memang diakui masih terdapat bayang-bayang si dia pada setiap apa yang kita lakukan. Terasa pilunya hati bila bayang-bayang itu muncul. Tetapi apakah hikmah disebalik semua ini?


Inilah kata hikmah yang banyak menolong saya untuk bangun semula.

Lantas ku berfikir, mengapa Allah lakukan ini semua? Mengapa Allah takdirkan ini semua untuk ku? Mengapa Allah membuatkan aku melalui jalan yang berduri ini? Sesungguhnya Allah lah yang mencipta manusia dan segala isi dunia dan Allah lah Yang Maha Mengetahui akan segala sesuatu. He knows what's definitely the best for us.

Apa yang saya dapati sendiri dari peristiwa ini adalah agar dapat saya belajar dari kesilapan. Memang telah banyak kesilapan yang saya lakukan dalam tempoh percintaan tersebut. Malah tidak habis-habis saya salahkan diri sendiri kerana pudarnya cintanya kepada saya. Namun dari pengalaman-pengalaman tersebut, saya sedar akan kesilapan saya dan akan berusaha segala kudrat saya agar tidak mengulangi perkara yang sama apabila akan datang "cinta sejati" dalam hidupku kelak. Experience is a great teacher. Apa yang berlaku ini telah mematangkan pemikiranku yang dahulunya kekanak-kanakan.

Kesimpulan
Kesimpulan yang dapat saya simpulkan di sini adalah :

1. Redhalah dengan segala ketentuan Allah, qada' dan qadar. Percayalah, segala yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Dan janganlah anda berfikir:
"kalaulah aku tak buat camtu time tu"
"kalaulah benda nih tak jadi macam ni"
"kalaulah aku boleh kembali ke masa itu, aku nak ubah segala-galanya"
Rasulullah saw telah bersabda ;
Daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda:”Mukmin yang kuat lebih disukai oleh Allah daripada mukmin yang lemah. Namun pada kedua-duanya ada kebaikan. Berjaga-jagalah terhadap perkara yang boleh mendatangkan kebaikan kepada engkau, pintalah pertolongan daripada Allah. Sekiranya engkau ditimpa sesuatu musibah, maka jangan engkau berkata:”KALAULAH aku lakukan begini maka sudah pasti lain yang berlaku. Tetapi katakanlah:”Itu merupakan takdir Allah dan Dia melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesungguhnya ‘KALAU’ akan membukakan pintu amalan syaitan.” [Riwayat Muslim]

2. Berusahalah untuk mencari kebenaran, makna cinta sebenar, cinta yang dibalas dengan nikmat kurnia yang menjanjikan syurga.

3. Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana, segala kegagalan, segala kesilapan yang kita lakukan adalah untuk kita renungi agar kita membaiki diri ini untuk tidak mengulangi kesilapan lagi. Ingatilah pesanan emas ini :
"Hidayah bukan untuk ditunggu tetapi dicari."

4. Perlakuan zina itu haram. Dan zina terbahagi kepada beberapa jenis termasuklah zina hati. Dan jika zina hati itu haram, jalinan couple yang didirikan atas perlakuan zina hati tentulah haram juga. Jadi couple itu haram kerana adanya perlakuan zina hati. Malah bercouple itu sendiri menggalakkan perlakuan zina. Untuk lebih info tentang zina hati bolehlah membaca artikel ini : http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1247

5. Janganlah membenci orang yang melukakan kamu, malah berterima kasihlah kepada mereka kerena atas sebab mereka lah anda menjadi lebih kuat sekarang.

6. Mohonlah segala yang dihajati kepada Allah, namun harus dipastikan tali anda dengan Allah harus diperkuatkan selalu.

7. Bersabarlah terhadap segala ketentuan dariNya. Malah, bersyukurlah kepadaNya kerana masih lagi memberi kesempatan terhadap kita. Bagaimana jika malaikatul maut datang mengunjungi ketika kita masih sesat di dunia yang fana? Jadi gunalah peluang yang diberi olehNya untuk memperbaiki diri ini dan kembali ke landasan Islam yang sebenar.

8. Kepada yang masih bercouple itu, saya nasihatkan agar berhentilah melakukan zina hati. Islam itu agama yang syumul, yang lengkap dan sempurna. Dalam Islam ada cara-caranya tersendiri untuk bercinta. Saya tahu memang sukar pada mulanya tetapi cubalah sedikit-sedikit. Kepada yang masih belum bercouple dan single, syabas saya ucapkan kerana anda sudah terlepas satu dosa yang membebankan hidup anda tanpa anda sedari.


Terima kasih Ya Allah kerana membuka hatiku semula. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang masih memberi aku kesempatan agar dapat ku perbaiki segala kelemahan. Ampunkanlah dosa-dosa yang kami lakukan Ya Allah. Aku memohon kepadaMu Ya Allah, rahmati dan berkatilah kami di dunia dan di akhirat kelak Ya Allah..

Tentang si dia yang telah mengubah kehidupanku ketika hadir dan pergi, inginku ucapkan kepadanya;

"Thanks for making me stronger."

Alhamdulillah, kini ku mengerti erti cinta sebenar.



PS - Koleksi-koleksi artikel menarik iluvislam :- http://www.iluvislam.com/v1/articles.php

1 comment:

  1. "hidayah bukan untuk ditunggu tapi dicari.."


    cinta Allah= cinta Hakiki
    bgoslah pak cik da jumpe cinta yang sebenar dan merasa cinta itu.. hope tka akan jadik cam pak cik jugak..

    ReplyDelete

Luahkan saja isi hatimu itu.