Tajuk tazkirah : Cinta hakiki (ini adalah draft utk dibuat tazkirah utk usrah kelak, maafkan atas kelemahan saya)
Pengenalan
Tazkirah yang ingin saya sampaikan adalah untuk tujuan nasihat dan muhasabah kepada tuan2 dan diri ini juga. Dulu saya ada mendengar satu kata hikmah “kamu tidak boleh mencintai orang lain sebelum kamu mencintai diri kamu sendiri, dan kamu tidak boleh mencintai diri kamu sendiri sebelum mencintai Allah”.
Ketika itu saya tidak begitu faham akan maksudnya. Dan hinggalah baru-baru ni, saya faham apa yang dimaksudkan. Iaitu cinta yang sebenarnya iaitu cinta hakiki adalah hanya kepada Allah SWT.
Tapi sebelum saya mengupas dengan lebih lanjut, saya nak kaitkan dengan masalah umat Islam zaman sekarang. Umat islam sekarang tidak seperti zaman para sahabat dulu, jauh sekali bezanya. Salah satu masalah umat Islam ialah walaupun mereka mengaku keimanan, dan mengikut jalan Islam, namun mereka masih melakukan maksiat dan kemungkaran.
Mereka mengeluh “Aku dah ikut da jalan Islam, solat aku cukup 5x shari (campur qada’), puasa bulan Ramadhan pun boleh tahan la aku puasa (ponteng sket), aurat pun aku slalu tutup (walaupun ada masa terdedah jugak). Tapi kenape aku senang sangat buat maksiat dan perkara dosa ni hah?? Nape susah sgt nk kawal nafsu nih?"
Dulu, saya tertanya-tanya juga begitu. Namun menjelang dewasa kini, saya sudah mula mendapat jawapannya secebis demi secebis. Jawapannya mudah. Jika kita betul-betul ada perasaan cinta terhadap Pencipta kita, nescaya semua benda baik menjadi ringan dan semua perkara yang mendatangkan dosa akan terhindar dgn sendirinya.
Begitu juga pada mereka yang imannya turun naik, apabila naik imannya, solat dan ibadahnya dijaga rapi, dan pabila turun imannya, solat dan ibadahnya senang sahaja terbengkalai. Tetapi jika mereka ada 1 perasaan cinta yang kuat, syaitan2 amat susah untuk mengoncangkan iman mereka kerana adanya tembok tinggi yang di bina atas dasar cinta kepada Maha Pencipta. Walaupun iman mereka sedang turun, tapi mereka perkuatkan diri, mereka mencari inisiatif untuk memotivasikan diri kembali, seperti meminta nasihat, berdoa, dan memikirkan tujuan asal kita dihidupkan di dunia ini dan selalu ingatkan kematian. Di manakah kita pergi selepas mati… cukupkah amalanku ini.. adakah dosa2 ku yang banyak itu terampun… adakah Allah sudi menerima taubatku..?
Perbandingan
Kiasannya, contoh kita tengok sendiri gelagat manusia sekarang ni bercinta terutamanya dalam kalangan remaja dan siswa, si kumbang sanggup mengorbankan apa sahaja untuk si bunga, dari harta, masa dan tenaga. Bila sudah mabuk cinta, apa saja yg dikatakan si kekasih akan dituruti, semua yang nak diberi, semua benda yang dia tak suka, kita jauhi seboleh mungkin, maklumlah tak mahu mengguris hati si kekasih.
Namun ingatlah akan 1 kata hikmah ini, "Cintakan bunga, bunga akan, layu, cintakan manusia, manusia akan pergi, cintakan Allah kekal abadi."
Bagi mereka si pencinta2 manusia ini, adakah rasa cinta kepada Allah itu melebihi segalanya? Apa kata kita halakan rasa cinta yang kuat itu kepada arah yg betul. Cuba kita lihat Rasulullah sendiri dan para2 sahabat. Kerana rasa cinta dan rindu kepada Allah, mereka sanggup mengorbankan, menggadaikan apa sahaja demi Allah. Kerana mereka sedar apa yang mereka ada skarang ini pun hanyalah kurniaan dan nikmat pemberian Allah Ar-Rahman Ar-Rahim.
Amatlah rugi jika seorang yg melepaskan rindu mereka kpd manusia lain lebih daripada rindunya kepada Allah, dengan membazir masa dan wang, lagi teruk jika mereka tiada talian perkahwinan lagi. Mereka tidak lain tidak bukan telah melakukan zina hati dan boleh mendatangkan dosa tanpa disedari. Amatlah beruntung orang yang menghabiskan rindu mereka kepada Allah dgn bersolat, membaca Al-Quran dan berjaga malam.
Bagaimana?
Jadi, bagaimanakah hendak menghadirkan rasa cinta kita? Ada banyak cara yang diajar oleh Rasulullah SAW kepada umatnya yg dikasihi. Saya ambil satu iaitu ibadah paling asas tetapi paling penting, iaitu solat.
Masalah
Kita diajar dari kecil utk bersolat, menjelang dewasa kita mula faham akan kewajipan solat utk org Islam. Tetapi sayangnya, bagi mereka yg masih tidak sedar lagi, solat yang dilakukan hanya atas dasar utk mempenuhi peruntukan kewajipan seorang muslim. Mutu dan kualiti solat itu boleh diragui.
Seperti robot, mereka melakukan solat 5x sehari, meminta pertolongan Allah utk mengabulkan hajat mereka, tapi sayang adakah hati mereka betul2 hadir melafazkan kalimah suci ketika berhadapan dengan Allah.
Hanya Allah sahaja yang layak menilai kualiti solat hambanya. Tapi kini dalam kalangan belia, siswa terutamanya, bila melihat mereka melakukan solat yang jelas seperti melepaskan batuk di tangga, begitu sambil lewa. Solat macam tak mahu solat, seperti terpaksa. Malah rukuk dan sujud seperti burung gagak yang sedang mematuk makanan. Beginikah kita ketika berhadapan dengan Allah? Masa 24jam sehari kurniaan Allah, tetapi kita penuhi masa itu lebih kepada keduniaan. Kiasannya, jika anda terpilih utk melakukan persembahan dihadapan Sultan atau Perdana Menteri, mereka yang conduct persembahan itu mesti mahu memberikan persembahan yang terbaik, begitu juga anda. Andaikan juga atlet2 negara yang mahu memberikan persembahan terbaik mereka untuk mendapat "markah" dan "kedudukan" yang tinggi. Tetapi mengapakah bila kita berhadapan dengan Pencipta kita, Allah Yang Maha Besar, kita tidak memberikan yang terbaik. Ingatlah solah yang kita lakukan itu adalah untuk dipersembahkan kepada Allah. Ketahuilah bahawa Allah adalah dzat yang Maha Thayyib (suci bersih dr stiap kekurangan, aib dan keburukan), dan Allah tidak menerima kecuali yang baik.
Lebih teruk lagi, mereka lebih mementingkan perkara2 keduniaan drpd solat. Mereka sudah mabuk dengan dunia hiburan. Sanggup solat lewat kerana berkiblatkan permainan computer ciptaan manusia, filem2 rekaan manusia, sukan2 anjuran manusia dan perkara dunia lain2. Bagaimana pula jika ajal sampai ketika sibuk melayan keduniaan, tidak sempat hendak mempersembahkan solat terakhir kita kepada Allah Ya Ghafur.
Nauzubillah ada juga yang terlepas waktu solat dalam akal yang sedar dan hanya selamba mengqada’kan solat tanpa perasaan takut dan menyesal kepada Allah. Tapi bagi mereka yang masih ada kesedaran utk melakukan solat itu lebih baik daripada mereka yang langsung tidak melakukannya. Namun masalah mereka ini adalah tiada usaha utk menyempurnakan ibadah yang diperintahkan kepada Pencipta kita sendiri. Semoga Allah memberi kesempatan utk membuka mata hati mereka dan bertaubat selagi masih diberi peluang olehNya untuk bernafas.
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. (Adz-Dzaariyat : 56)
Penyelesaian
Penyelesaian kepada masalah ini adalah perkara yang saya bincangkan pada permulaan. Jika hadirnya rasa cinta kita kepada Allah, semuanya akan berubah. Allah yang bersifat Ar Rahim mengasihani hamba ciptaanNya, mengapa kita masih sombong tidak berusaha untuk menyintainya. Seringlah kita berdoa kepada Allah utk diberi secebis hidayah dan rasa cinta kepadaNya, kerana hidayah itu milik Allah. Namun doa harus diiringi dengan usaha, berusahalah untuk mendalami jalan kehidupan Islam yang memberi banyak ketenangan. Cubalah sedikit demi sedikit utk berubah, InsyaAllah Allah akan menolongmu jika kamu menolong diri kamu sendiri untuk mendekati Allah.
Saya memegang kepada prinsip, "The Rule of Little", biar kita buat sesuatu itu sedikit demi sedikit tetapi berterusan, lama2 kerana berkat usaha kita yang ikhlas itu kita akan terbuka hati dan menjadi lebih mampu untuk melakukan yang lebih dan berterusan."
MANTAPKAN SOLAT KITA. Itulah antara usaha yang insyaAllah akan dapat membantu kita mengenali cinta Allah dan RasulNya.
Kesan rasa cinta ini sungguh ajaib, kita mula seronok beribadah, dapat merasa kelazatan bersolat, mula mementingkan solat di awal waktu, mula meninggalkan perkara kemungkaran, makruh dan haram yang sering dilakukan dahulu, kita sudah mula untuk memberi yang lebih baik daripada yang selalunya kepada kekasih kita Allah, seperti lebih mengutamakan solat berjemaah. (marilah berdoa agar kita dijadikan dalam golongan tersebut, Allahumma Amin)
Saya yakin dalam kalangan kita, kita berkumpul kerana adanya rasa cinta kita kepada Allah bukan? Namun seringlah berdoa dan berusaha untuk meningkatkan lagi rasa cinta kita itu agar benar2 dapat merasai kelazatan iman dan kelazatan beribadah. Pohonlah agar tidak terpesong.
Nabi SAW berdoa sampai menangis-nangis dan diulang-ulangkannya doa ini sehingga mencemaskan para sahabat:
“Rabbana la tuzi` qulubana ba`da izhadaitana, wa hablana min ladunka rahmah. Innaka antal wahhab.”
“Ya Allah, janganlah Engkau gelincirkan hati kami setelah Engkau beri hidayah kepada kami, dan berikanlah kepada kami daripada sisiMu rahmat kasih sayang yang banyak. Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang boleh memberi segala-galanya.” (Hadith Riwayat An-Nasa`i)
Gangguan syaitan itu berterusan. Dan pohonlah agar dibuang rasa riak dan takabbur ketika beribadah. Ingatlah dunia ini bersifat fana,sementara.. manakala akhirat pula bersifat baqa’ iaitu kekal buat selama-lamanya.
Tentang kata hikmah yang saya ungkapkan di awal kata tadi, dapat dirumuskan bila kita sudah berjaya mencintai Allah dan beristiqamah, barulah kita dapat menyintai diri kita sendiri. Setelah bersedia, barulah kita boleh menyintai orang lain, seperti contoh bakal isteri kita, barulah rumah tangga yang hendak dibina itu berlandaskan jalan Islam yang sebenar-benarnya.
Diri ini tidaklah sebaik mana. Sekadar untuk memusabahkan diri. Apa yang baik itu datang dari Allah, apa yang tidak baik datang dari kelemahan saya sendiri, jazakallahu khairan kathira.